Header Ads

Tidur masa penting untuk kulit muka, ini 3 tips jaga kulit muka sebelum tidur


Ramai diantara kita yang sering sahaja complain tentang kulit wajah yang menggerutu, tak sekata, jerawat, jeragat dan sebagainya.

Tetapi cuba anda fikir balik adakah anda betul-betul menitik beratkan soal penjagaan kulit wajah? Atau hanya sekadar suka complain sahaja?

Jom kita lihat antara perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum tidur. Ingat, ketika kita tidur itulah masa yang penting untuk kulit wajah kita berehat dan bernafas.

1. GUNAKAN FACE MASK

Garis halus akan mudah kelihatan jika kulit wajah anda tidak mempunyai kelembapan yang mencukupi.

So, dengan menggunakan face mask, ia dapat memelihara kelembapan kulit serta merawat dari dalam.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu menyegarkan kulit wajah anda.

2. CUCI MUKA SEBERSIH-BERSIHNYA

Penat macam mana sekalipun, jangan skip untuk cuci muka sebelum tidur especially kalau anda jenis yang suka bersolek!

Nak result yang lagi awesome, amalkan guna minyak kelapa dara untuk mengekalkan kelembapan kulit.

3. AMALKAN MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA

Kalau sebelum ini anda sukar untuk minum air putih, so bermula pada hari ini tolong amalkan kerana terlampau banyak khasiatnya yang anda tidak tahu.

Minum 1-2 gelas air putih sebelum masuk tidur.

Selain dari mata, otak dan badan, kulit wajah juga memerlukan rehat yang secukupnya. Jika anda amalkan 3 petua di atas, percayalah anda akan mendapat kulit wajah yang diinginkan.

Dikuasakan oleh Blogger.