Header Ads

Tidak susah nak ambil hati mertua dan bakal mertua,ini 9 tips untuk membantu anda



Salah satu cabaran paling besar dalam kehidupan selepas berkahwin adalah dengan menyesuaikan diri dengan mertua anda. Walaupun ini berlaku untuk kedua-dua pasangan dalam perkahwinan, golongan wanita akan rasa lebih terkesan. Menurut menyelidikan sekitar 60 peratus daripada semua perkahwinan mengalami ketegangan antara ibu mertua dengan menantu perempuan. Berikut adalah tips tips untuk mengambil hati ibu mertua.

#1. Bersikap positif

Menjadi menantu adalah perkara yang baru bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Cuba latih diri untuk bersikap positif apabila bersama dengan ibu mertua.

#2. Kepekaan

Wanita adalah seseorang yang menghabiskan sebahagian besar masa membesarkan anaknya hal ini menyebabkan mereka menjadi sedikit sentitif. Ada juga sesetengah ibu menganggap menantu sebagai pesaing terutamanya ibu tunggal atau yang mempunyai seorang anak sahaja. Oleh yang demikian, jika ibu mertua memberi tahu anda bahawasanya anak mereka menyukai masakkan mereka, jangan sesekali menyatakan anak mereka lebih menyukai masakan anda kerana ini akan membuatkan mereka terluka.

#3. Menghormati

Layanlah ibu mertua anda dengan hormat. Dia mungkin telah melalui banyak kesulitan dalam hidupnya. Cuba bertanyakan tentang masa kecilnya, cara dia membesarkan anak-anak.Hal ini secara tidak langsung dapat menguatkan lagi ikatan antara ibu mertua dan menantu.

#4. Jangkaan

Mengenali keluarga suami/isteri terutamanya mertua mungkin mengambil masa. Walaupun kebanyakan menantu perempuan dialu-alukan ke dalam keluarga dengan terbuka, jangan kecewa jika ianya tidak berlaku. Berikan mereka masa untuk mengenali anda dengan lebih baik.

#5. Perhatian

Apabila ibu mertua anda di rumah, berikan perhatian terhadapnya. Cuba untuk duduk dan berborak bersamanya. Jika dia mahu membantu anda menyediakan makanan, maka biarkan mereka. Sekiranya mereka lebih suka duduk, maka minta tolong suami untuk membantu anda.



#6. Maklumat

Jika ada masa lapang, cuba luangkan masa untuk menelefon ibu mertua dengan menanyakan khabar mereka selain memberitahu mereka tentang perkara-perkara yang penting. Selain itu, jika anda mempunyai anak, hantarkan lah gambar anak kepada mereka. Kerana bahawasanya, mereka suka melihat gambar cucu mereka.

#7. Nasihat

Mertua mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Jangan teragak agak untuk mengambil nasihat mereka. Anda mungkin tidak bersetuju dengan caranya, tetapi cuba untuk bersikap terbuka dengan menerima idea-idea yang berbeza.


#8. Kanak-kanak

Benarkan mertua anda menjaga anak-anak anda. Bagi mereka, kadang -kadang cucu lebih penting daripada anak-anak mereka sendiri.

#9. Komunikasi


Cuba untuk bincangkan sesuatu perkara yang tidak puas hati bersama keluarga.Jika seseorang telah melukai hati anda, Jangan simpan dalam hati-hati. Anda boleh luahkan perkara itu kepada suami atau ibu mertua.
Dikuasakan oleh Blogger.