Header Ads

Syarikat ini telah memperkenalkan satu langkah untuk pekerja mereka, kalau anda bekerja disitu setuju tak


Sebuah syarikat di Jepun telah mengambil satu pendekatan yang kreatif untuk mendorong para pekerjanya berhenti merokok. PIALA INC. Organisasi yang berpangkalan di Tokyo, memberikan cuti tambahan sebanyak 6 hari setahun kepada para pekerjanya yang tidak merokok.

Mula diperkenalkan pada bulan September yang lalu, dasar baru ini bertujuan untuk mengimbangi masa rehat yang diambil para pekerjanya untuk merokok, yang dikatakan menggunakan masa sekitar 15 minit untuk pergi merokok.

Hal ini dikatakan berpunca dari salah seorang pekerja syarikat tersebut yang memberi mesej didalam kotak cadangan bahawa pekerja yang merokok kerap kali menimbulkan masalah "hilang" di pejabat dan menimbulkan masalah kepada pekerja lain.

Ketua Pegawai Eksekutif mereka telah menerima mesej tersebut dan bersetuju untuk memberi pampasan masa kerja kepada mereka yang tidk merokok. Menurut salah seorang pekerja syarikat tersebut, ibu pejabat mereka terletak di tingkat 29 dan mereka yang merokok perlu turun ke tempat merokok iaitu di 'Basement Parking' dan dianggarkan mengambil masa sekitar 15 minit untuk setiap perjalanan. Sekurang-kurangnya 30 pekerja dari 120 orang pekerja syarikat itu telah mengambil kesempatan dengan tawaran berharga tersebut.

Menurut syarikat itu lagi, skim itu juga telah berjaya menarik sekurang-kurangnya 4 orang untuk berhenti merokok. Syabas!!!
Dikuasakan oleh Blogger.