Header Ads

Susah untuk tidur di waktu malam,ini 10 perkara yang perlu dielakkan sebelum anda tidur.


Ada masa, agak sukar untuk kita mendapat rehat secukupnya apatah lagi sekiranya pekerjaan kita memerlukan kita berjaga lewat atau tabiat kita sendiri yang mempengaruhi kelenaan semasa tidur. Justeru, mari kita kenali perkara yang perlu dielakkan sebelum tidur.

1. Telefon bimibit/komputer


Jika anda ambil keputusan untuk menggunakan telefon bimbit/komputer dalam bilik tidur, anda sebenarnya menjejaskan peluang untuk mendapat tidur yang lena.

2. Tidak dapat tidur

Menurut pakar tidur, Raj Dasgupta, beliau menasihatkan individu yang mengalami masalah tidak dapat tidur untuk bangun dari tempat tidur dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menenangkan dirinya seperti membaca buku atau mendengar muzik menenangkan. 

3. Bergaduh

Menurut Rosenberg, ia boleh membawa kepada insomnia. Malah, sekiranya kita tidur dalam keadaan kita masih lagi berkonflik, ia sebenarnya menyukarkan kita tidur kerana peristiwa tersebut akan terus bermain dalam kepala dan membebankan lagi minda kita yang cuba berehat. 

4. Bersenam


Bagi yang suka bersenam pada lewat petang atau sebelum tidur, ia sebenarnya menaikkan suhu badan anda terutama bila anda melakukan senaman kardiovaskular dan menyebabkan badan menjadi aktif. Akibatnya, ini menyukarkan anda untuk mendapat tidur lena yang dimahukan.

5. Minum banyak air

Menurut pakar tidak menggalakkan anda minum air sebelum tidur terutama dalam kuantiti yang banyak. Jika anda nak meneruskan, silakan tetapi jangan marah jika badan anda bangun pada waktu tengah malam semata-mata untuk membuang air kecil atau besar.

6.  Minum minuman berkafein

Secawan kopi mengandungi 80-120 miligram kafein dan boleh kekal dalam tubuh manusia selama 12 jam. Teh juga seharusnya dielakkan kerana ini juga merupakan salah satu sumber utama kafein.

7. Coklat

Makanan sebegini nampak tak mengganggu tidur individu tetapi bagi individu yang sensitif dengan kafein, ia sudah cukup untuk membuatkannya aktif dan menyukarkannya mendapat tidur lena.

Selain mengandungi kafein, coklat turut mengandungi theobromin, sejenis bahan yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan menyebabkan individu tidak mengantuk.

8Makanan pedas/berlemak

Makanan ini berpotensi membuatkan perut anda tidak selesa. Makan malam yang ideal ialah dua jam sebelum tidur atau lewat petang. Ini sebenarnya memberi peluang kepada perut untuk mencerna makanan pada waktu tersebut. 

9. Merokok


Sesetengah perokok melihatnya sebagai cara untuk menenangkan diri mereka tetapi nikotin dalam rokok berperanan sebagai perangsang untuk mendorong badan aktif, sekaligus boleh menyebabkan insomnia.

10. Binatang perliharaan

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Universiti Kansas, 63% responden melaporkan mereka sukar tidur bila berkongsi katil dengan binatang kesayangan mereka. Dan jika anda mengalami masalah alahan atau pernafasan seperti lelah, tidur dengan binatang peliharaan bukanlah satu idea yang bijak kerana ia boleh menjejaskan kualiti tidur anda.








Dikuasakan oleh Blogger.