Header Ads

Seronok sebenarnya jika kita mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai, 10 fakta ini menceritakan tentangnya



Adik-beradik, semua orang di dunia idamkan mereka mempunyai adik-beradik tetapi tak semua dapat merasainya terutama mereka yang digelar anak tunggal. Ada bermacam-macam kerenah dapat kita lihat bila jumlah adik beradik kita ramai.

 Berikut merupakan fakta menarik tentang adik beradik.

1. Masa bersama adik- beradik anda.
Kajian daripada Pennysylvania State University, mendedahkan bahawa kanak-kanak berumur 11 tahun, mereka menghabiskan kira-kira 33% masa lapang mereka bersama adik-beradik yang lain.

2. Pergaduhan antara adik-beradik adalah perkara biasa
Satu kajian menyatakan bahawa adik beradik yang berusia 3 hingga 7 tahun terlibat dalam pergaduhan di antara 3 ½ kali dalam masa satu jam. Kekerapan pergaduhan yang paling teruk adalah setiap 10 minit.

3. Lebih cenderung kepada sifat asli jantina
Kanak-kanak perempuan cenderung untuk mematuhi sifat-sifat feminin mereka manakala lelaki cenderung menjadi kasar.

4 Membantu kemahiran interpersonal
Adik beradik dapat membantu kita untuk mempunyai kemahiran interpersonal yang lebih baik. Adik-beradik yang lebih muda akan mencontohi adik beradik mereka yang lebih tua, contohnya dengan belajar cara-cara menangani situasi yang sukar di kemudian hari.

5. Mempunyai adik-beradik berlainan jantina membuatkan anda lebih senang mendapat teman.
Membesar dengan adik beradik yang berlainan jantina membuatkan kita lebih mengetahui perkara yang disukai dan tidak disukai oleh jantina yang berlawanan.  Perempuan yang dibesarkan dikalangan adik beradik lelaki mempunyai perwatakan yang agak kasar dan sebaliknya.

6. IQ yang lebih tinggi
Kebiasaannya adik beradik yang lebih tua mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding adik beradik yang muda.

7. Ramai adik-beradik mengurangkan risiko penceraian.
Menurut kajian di Ohio State University mendedahkan bahawa setiap adik beradik  (sehingga 7) mengurangkan risiko sebanyak 80%  untuk bercerai bersama pasangan apabila sudah dewasa nanti. Lebih ramai adik beradik memberikan pengalaman dan pemahaman yang lebih mendalam dan hal ini akan memudahkan mereka pada masa hadapan.

8. Adik-beradik yang muda lebih kuat memberontak dan banyak cakap.
Adik beradik yang lebih muda merasakan mereka memerlukan lebih banyak perhatian daripada ibu bapa dan hal ini menyebabkan mereka lebih suka memberontak dan banyak cakap.

9. Adik-beradik cenderung membuli sesama mereka
Adik beradik mula membuli sesama mereka seawal umur 8 tahun. Mangsa yang dibuli cenderung mengalami tekanan berbanding yang lain.

10. Konflik diantara ibu bapa menguatkan hubungan adik-beradik
Adik beradik akan menjadi lebih rapat apabila ibu bapa mereka mengalami konflik atau penceraian.
Dikuasakan oleh Blogger.