Header Ads

Sekarang dah macam trend pula untuk kahwin muda, ini 8 cara mendapat keizinan keluarga


Ramai berhasrat untuk berkahwin di usia muda tapi tidak cukup berani untuk menyatakan hasrat mereka ini terhadap keluarga masing-masing kerana niat murni mereka ini tidak di izinkan.

Keluarga anda bukanlah hendak menghalang tapi menggalakkan anda berkahwin. Kadang - kadang  yang menghalang mereka untuk memberi keizinan untuk anda berkahwin di usia muda kerana kurangnya keyakinan mereka terhadap anda berdua.

Beranggapan anda masih mentah dan tidak cukup matang untuk mendirikan rumahtangga. Meyakinkan keluarga anda dan si dia untuk berkahwin di usia muda seperti bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Di sini 8 tips untuk meyakinkan kelaurga anda dan si dia berkahwin di usia muda.

1. Niat itu penting!

Betulkan niat anda bahawa tujuan anda ingin berkahwin di usia muda bukanlah nafsu semata-mata tetapi kerana ingin mencari keredhaan dari Allah.

Disamping dapat mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang dilarang oleh Allah antara anda dengan pasangan anda. Insyallah segala urusan anda akan dipermudahkan-Nya kelak.

2. Biarlah ikhlas dan jujur!

Tunjukkan kejujuran, keikhlasan, serta akhlak yang baik setiap masa agar diri anda sentiasa disenangi oleh keluarga, rakan-rakan serta orang sekeliling anda. Dan Insyallah mudah untuk keluarga sebelah pihak lagi menerima diri anda dengan perwatakan anda itu.

3. Tunjukkan kematangan!

Setiap kali berbicara dengan ahli keluarga, tunjukkan kematangan anda dalam bertutur dan memberikan pendapat agar ahli keluarga yakin bahawa usia anda tidak mempengaruhi kematangan anda.

4. Nak kahwin biar berduit!

Pastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil terutamanya kepada lelaki yang akan menjadi ketua keluarga sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Kebiasannya, ibubapa sebelah pihak perempuan akan menolak niat baik anda mentah-mentah sekiranya mereka tahu anda tidak mampu menyara anak perempuan mereka.

Sila jangan salahkan mereka kerana setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Bagi yang masih belajar, anda boleh mencari kerja sambilan disamping tidak mengabaikan pelajaran anda. Banyak kerja-kerja sambilan yang memberikan pendapatan yang lumayan di luar sana.

Dan jangan lupa nyatakan kepada keluarga anda dan keluarga sebelah si dia dari mana datangnya sumber pendapatan anda.


5. Bawalah si dia berjumpa ahli keluarga anda!

Bawalah si dia berjumpa dengan keluarga anda terlebih dahulu agar keluarga anda dapat mengenal si dia lebih dekat. Dan selepas si dia pulang, tanyakan pendapat ahli keluarga anda tentang si dia.

Restu keluarga lebih-lebih lagi ibubapa anda amatlah penting untuk mengelakkan timbulnya masalah dikemudian hari.

6. Lelaki! Jadilah gentleman!

Kebiasaanya, bahagian inilah yang amat mencabar semangat si lelaki. Banyak persoalan yang bermain di minda mereka. Hati pula sentiasa berdegup kencang bila memikirkan isu ini.

Apa yang paling ditakuti oleh pihak lelaki adalah niat murni mereka itu akan ditolak oleh keluarga si dia. Kepada lelaki, jadilah gentleman. Tenangkah diri anda dan pergilah berjumpa dengan keluarga si dia untuk nyatakan hasrat anda yang murni itu dengan lemah-lembut.

Nyatakan juga mengapa anda hendak berkahwin dengan si dia di usia yang muda ini. Tunjukkan kesungguhan dah keikhlasan anda (seperti yang saya beritahu di atas) dan Insyallah, semuanya akan berjalan dengan lancar

7. Berdoalah agar dilembutkan hati keluarga!

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar Dia melembutkan dan melapangkan hati ibu bapa anda dan juga si dia untuk menerima hasrat kita itu. Mudah-mudahan segalanya menjadi seperti yang dirancangkan oleh anda dan si dia.

8. Ya, saya bersedia untuk berkahwin di usia muda!

Berkahwin di usia muda bukanlah perkara yang mudah. Anda hendaklah bersedia dari segi mental dan juga fizikal. Perkahwinan bukanlah satu mainan dan ianya tidak boleh diambil secara remeh.

Dapatkan pandangan serta nasihat daripada orang yang lebih tua daripada anda. Dan apabila anda sudah bersedia, tunjukkan kesungguhan bahawa anda mampu memikul tanggungjawab sebagai suami isteri serta sebagai ibu bapa di usia muda.

Nyatakan anda mampu membina rumahtangga yang bahagia.



Setiap perkahwinan pasti lebih bahagia jika mendapat keizinan ibu bapa atau keluarga.
Dikuasakan oleh Blogger.