Header Ads

Sekali imbas tidak nampak macam budak, berusia 16 tahun ini lah model remaja tercantik dunia


Dengan mata biru dan rambut panjang mengurai, Thylane telah dinobatkan sebagai model kanak-kanak yang paling cantik di dunia!

Model kanak-kanak yang penuh kontroversi



Mengupah seorang model kanak-kanak masih jadi satu topik kontroversi bagi sesetengah individu. Ia dikatakan sebagai mengambil kesempatan ke atas seorang kanak-kanak, malah memberi visual seksual pada mereka.

Akan tetapi, Thylane Blondeau memang dilahirkan untuk berjalan di atas industri permodelan dan jadi superstar.

Sejak lahir lagi, beliau telah diajar tentang fesyen dan kecantikan yang dianugerahkan pada beliau terus dikongsi untuk seluruh dunia.

Thylane Blondeau dilahirkan di Ivory Coast pada 5 April 2001. Beliau merupakan anak kepada pemain bola Patrick Blondeau dan pelakon Perancis, Veronika Loubry.

Thylane telah menjadi model untuk jenama Jean Paul Gaultier semasa baru berusia 4 tahun, dan dijadikan cover depan majalah French Vogue ketika beliau baru saja berusia 10 tahun!


Cover depan majalah Vogue itu dikondem dengan teruk kerana Thylane telah dipakaikan dengan solekan dan pakaian yang agak seksi.

Tapi, kecaman itu semua tidak mematahkan semangat Thylane untuk aktif dalam bidang permodelan.
Kini ketika berusia 16 tahun, Thylane sudah menjadi muka depan untuk L’Oreal Paris. Malah, beliau juga pernah menjadi model untuk Chanel, Ralph Lauren, Lacoste dan Dolce & Gabana.

Model kanak-kanak yang makin terkenal di media sosial


Walaupun baru berusia 16 tahun, segala glamor yang diperoleh model licik ini sungguh luar biasa.
Beliau mempunyai hampir 1.5 juta followers di Instagram dan 120,000 likes di Facebook! Anda boleh melihat aktiviti dan gambar-gambar terbaru beliau dalam Facebook Thylane Blondeau.


Thylane kini bernaung di bawah agensi IMG, sebuah agensi yang turut aktif membawa nama besar seperti Gigi dan Bella Hadid ke persada permodelan.


Dikuasakan oleh Blogger.