Header Ads

Sejurus keluar dari tandas pelajar itu meminta kebenaran, "cikgu izinkan saya solat sebentar, saya blank"


Musim peperiksaan kembali semula, ketika ini pelajar-pelajar tingkatan 5 sedang bertarung menghadapi peperiksaan SPM 2017 bagi menentukan corak laluan masa depan mereka.

Seperti biasa, setiap tahun pasti berbeza kisah-kisah disebalik hari peperiksaan tersebut. Jangan risau, tiada soalan bocor atau ulangan peperiksaan cuma kisah kali ini menarik perhatian admin.

Mungkin boleh diambil sebagai ikhtibar kepada kita semua. Kisah ini datangnya dari seorang cikgu yang bernama Anuar, beliau merupakan salah seorang guru yang terlibat dengan pengawasan murid di dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ketika hari ketiga SPM 2017, peperiksaan sejarah kertas 2 baru berlangsung selama 15-20 minit tiba-tiba seorang pelajar lelaki mengangkat tangan meminta kebenaran untuk keluar ke tandas.

Setelah mendapat kebenaran dia pun pergi sambil diiringi oleh salah seorang guru pengiring. Setelah keluar dari tandas alangkah terkejutnya guru pengiring tersebut melihat keadaan pelajar itu yang basah.


Sambil memegang stokin dan kasutnya dia meminta kebenaran dari gurung yang mengiring tersebut, "Cikgu, izinkan saya solat sebentar ye. Saya blank".

Belum sempat membalas kepada permohonan daripada pelajar tersebut kelihatan murid tersebut terus mengangkat takbir. Tergamam cikgu yang mengiring pelajar itu, ini kerana pelajar tersebut solat tanpa sehelai sejadah dan ketika sujudnya dahi menyentuh lantai simen yang diragui akan kebersihannya.

Setelah selesai menunaikan solatnya pelajar tersebut terus menangis lalu berkata "saya blank cikgu, trial haritu saya dapat A+ tapi kali ni otak saya tiba-tiba kosong dan susah sangat nak jawab soalan ni".

Lalu cikgu tersebut membalas "Sabar ye, Allah pasti akan membantu awak. Buat yang terbaik". Pelajar itu mengangguk tanda faham dan bangun meneruskan perjuangannya menjawab peperiksaan.


Semoga Allah permudahkan urusanmu wahai anak muda, moga kamu terus-menerus istiqomah disaat senang dan susah. Tujuan sebenar admin kongsikan cerita ini sebenarnya untuk menyedarkan semua bahawa Allah adalah tempat yang sebaik-baiknya tempat untuk kita memohon tidak kira ketika senang atau dilanda kesusahan.

Dikuasakan oleh Blogger.