Header Ads

Sebelum tergaru-garu baik cegah, ini 6 cara mengelak dari terkena gangguan pepijat di katil


Kebanyakkan orang tidak menyedari gangguan serangga perosak ini sehingga mereka digigit di tempat tidur. Bintik – bintik merah dan gatal-gatal adalah salah satu tanda katil anda mempunyai serangga ini.

Pepijat adalah salah satu serangga yang agak sukar untuk dibasmi. Ini kerana mereka cenderung untuk bersembunyi pada siang hari di sudut-sudut katil, celah perabot dan juga bingkai gambar.

Mengupah seorang professional untuk mengawal pepijat katil adalah mahal dan bukan penyelesaian yang dapat dilakukan oleh semua orang. Tetapi anda perlu bekerja keras, tekun dan sabar.

Berikut adalah langkah-langkah mencegah serangga katil:

1. Memeriksa tempat tidur anda

Bilik tidur adalah lokasi utama bagi pepijat, jadi anda perlu mencari pepijat kecil di bilik tidur dahulu dan juga, cari di mana-mana tempat lain dimana orang tidur seperti set sofa.

2. Vacuum

Memvacuum kawasan tersebut dengan teliti. Ia juga boleh mengeluarkan banyak pepijat dan nymphs.

3. Mencuci dan menjemur
Mencuci dan menjemur cadar, katil dan bantal dapat menghapuskan pepijat. Ini kerana pepijat agak sensitif dengan cahaya matahari.

4. Periksa keadaan sekeliling

Gunakan lampu suluh untuk memeriksa perabot, bingkai gambar dan lain-lain. Jika terdapat kesan pepijat tersebut, anda boleh menggunakan air sabun untuk menghapuskannya. Cara –caranya adalah campurkan cecair sabun detol dan sedikit air. Masukkan ke dalam bekas yang boleh disembur. Semburkan ditempat tersebut.

5. Hirisan bawang

Hiriskan bawang merah dengan banyak dan letakkan di bawah tempat tidur anda. Beberapa pendapat menyatakan, pepijat tidak tahan dengan bau bawang yang kuat.

6. Menukar cadar

Tukar cadar tilam dan bantal anda sekurang-kurangya sekali seminggu untuk menghalang pepijat daripada membiak.




Dikuasakan oleh Blogger.