Header Ads

Sarapan pagi bagus untuk tenaga tubuh badan, ini 7 makanan sarapan pagi


Sarapan pagi adalah penting untuk membantu membekalkan tenaga untuk tubuh badan anda. Hidangan sarapan pagi haruslah seimbang dan berkhasiat.

Sesibuk mana pun anda, pastikan anda mengambil sarapan yang berkhasiat. Ini 7 makanan yang baik untuk sarapan pagi.

1. Oatmeal


Oatmeal ini memang tawar namun oatmeal ini mengandungi banyak serat, kalsium dan zat besi yang penting untuk tubuh.

Jikalau anda tidak gemarkan rasa tawarnya, anda boleh tambahkan susu dan buah-buahan segar untuk menambahkan rasa dan juga menambahkan khasiatnya.

2. Roti Gandum


Kandungan serat dan karbohidrat dalam roti gandum lebih tingi dibandingkan dengan roti putih yang biasa anda makan. Jadi tukarkan roti putih anda kepada roti gandum sewaktu sarapan.

3. Yogurt


Pastinya ramai yang sukakan yogurt. Disebalik rasa masamnya, yogurt mengandungi protein dan kalsium yang diperlukan tubuh.

Amalkan yogurt sewaktu sarapan mampu membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama dan sekali gus membantu untuk mengurangkan berat badan anda.

4. Telur


Telur mengandungi protein, asid lemak dan omega 3 yang baik untuk tubuh anda. Beberapa biji telur rebus dan goreng boleh buatkan anda rasa kenyang sehingga ke tengah hari.

5. Bijirin


Jika anda terlalu sibuk untuk menyiapkan sarapan yang sempurna pada waktu pagi, cukuplah sekadar dengan memakan bijirin.

Sarapan ini mungkin nampak ringkas namun bijirin mengandungi zat besi, serat dan kalsium.

6. Susu


Susu merupakan minuman penting sewaktu sarapan pagi. Minum segelas susu sekiranya anda tidak sempat untuk bersarapan penuh.

Susu mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan tubuh untuk melalui hari yang mencabar.

7. Buah-buahan


Buah-buahan adalah sumber makanan sampingan yang baik untuk tubuh. Buah-buahan mengandungi serat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh anda.

Buah-buahan yang sesuai untuk sarapan pagi anda ialah kiwi, pisang, epal, dan betik. Buah-buahan ini baik untuk sistem penghadaman anda.

Dikuasakan oleh Blogger.