Header Ads

Sambil bekerja boleh buat senaman mata, ini 10 langkah senaman santai untuk mata


Duduk di depan komputer atau tv yang terlalu lama tidak bagus untuk mata. Mata menjadi kekeringan dan gatal, sakit kepala juga boleh berlaku. Tidak semua dapat merehatkan diri secukupnya.

Ini 10 langkah mudah untuk mata yang boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Sekurang - kurangnya memerlukan 15 minit sahaja. Cuba lakukan dari semasa ke semasa dan akan melihat perbezaanya.

Langkah 1

Melihat dalam gelap

Letakkan siku anda di atas meja. Tutup mata dengan telapak tangan. Bersantai dan menatap ke dalam kegelapan. Buat selama beberapa minit.

Langkah 2

Lihat ke kiri dan ke kanan

Berdiri atau duduk tegak dan pandang kehadapan. Tanpa mengerakkan kepala lihat ke kiri dan kanan, lakukan sebanyak ke kiri dan 5 ke kanan, ulangi selama 3 set.

Langkah 3

Gerakkan mata ke atas dan ke bawah

Duduk tegak dan pandang ke hadapan. Kemudian buat dan fokus pada apa yang dilihat. Lihat ke bawah dan ke atas, jangan takut untuk berkerut dahi. Buat senyak 5 kali dan ulang 3 set.

Langkah 4

Gerakkan mata secara Diagonal

Pandang ke hadapan dan gerakkan mata kebawah tetapi ke kiri dan kanan (Serongkan mata). Lakukan sebanyak 5 kali dan ulang 3kali.

Langkah 5

Pusing mata

Duduk lurus dan pandang ke kiri dengan perlahan - lahan pusing mata mengikut arah jam. Lakukan mengikut arah jam 5 kali dan lawan jam 5 kali. Buat 3 set.

Langkah 6

Fokus jauh

Tumpukan mata pada pensel atau mana-mana objek berdekatan lain. Ia harus 20-30 cm dari mata. Kemudian lihat sesuatu yang jauh.

Tumpukan dan cuba melihatnya secara terperinci. Kemudian lihat lagi pensil. Tukar fokus 5 kali. Ulangi kitaran ini 3 set.

Langkah 7

Konsentrasi 1

Duduk tegak dan pandang ke hadapan. Julingkan mata ke kening dan fokus pda sesuatu yang di pandang untuk beberapa saat. Buat 5 kali dan ulangi 3 set.

Langkah 8

Konsentrasi 2

Duduk tegak pandang ke hadapan. julingkan mata ke hidung selama beberapa saat. Buat 5 kali dan ulangi 3 set.

Langkah 9

Massage 1

Tutup mata, kemudian pegang mata ditutu selama 3 saata. Rehatkan otot di sekililing mata. Ulang 10 kali

Langkah 10

Massage 2

Tutup mata dan urut kelopak mata dengan lembut dalam gerakkan bulat. Jangan cuba tekan mata terlalu kuat. Buat 10 gerakkan, pertama arah jam dan ke dua lawan jam.

Dikuasakan oleh Blogger.