Header Ads

Penting untuk orang perempuan tahu, Mungkin perkara ini akan menjejaskan kebahagiaan anda di kemudian hari


Ada yang tidak sedar bahawa perkara-perkara ini boleh merosakkan hari anda kelak. Ambil sedikit masa anda untuk membaca perkara yang admin ingin kongsikan.

Antara sebab-sebab yang mungkin anda tidak sedar bahawa amalan tersebut akan membuatkan anda tidak boleh mengandung.

Faktor utama yang mengurangkan peluang untuk mempunyai bayi sendiri sudah kita ketahui. Antaranya penggunaan pil kawalan kelahiran, merokok dan sebagainya.Tetapi ada kemungkinan juga beberapa perkara yang jarang kita didedahkan bahawa ia akan menjadi salah satu faktor anda tidak boleh mengandung.

Berikut merupakan antara beberapa perkara yang mungkin akan menjadi punca anda tidak boleh mengandung:

Terlalu banyak mengambil makanan segera

boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan, yang bermaksud bahawa ovulasi tidak berlaku. Cuba kurangkan penggunaan makanan ini sebagai makanan utama dan makanan jenis ini bukannya sumber karbohidrat yang sihat serta boleh menyebabkan peningkatan risiko 73% gangguan terhadap sistem ovulasi anda.

Senaman yang berlebihan

Zaman sekarang ramai yang gemarkan aktiviti-aktiviti lasak, tetapi tahukah anda ia mungkin akan menjadi salah satu punca anda tidak boleh melahirkan anak. Tidak salah untuk bersenam, dan bersenam juga boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan anda. Tetapi ada pentingnya untuk mendapatkan jumlah senaman yang betul. Melakukan terlalu banyak senaman boleh menjejaskan keseimbangan tenaga anda dan memberi kesan buruk kepada kitaran peranakan anda. Hasil penyelidikan juga menemui bahawa senaman yang berlebihan akan menjejaskan keupayaan anda untuk hamil.

Indeks berat badan yang rendah

Mempunyai BMI yang lebih rendah daripada biasa boleh menyebabkan kegagalan fungsi di bahagian ovari anda. Selain itu, Ketidaksuburan anda juga akan meningkat. Gangguan makan boleh dikaitkan dengan BMI yang rendah dan mungkin akan memberi kesan buruk apabila kedatangan haid. Sekiranya anda tidak boleh mengawal pemakanan anda, terdapat apps yang boleh membantu anda dalam mengekalkan kesihatan anda.
Dikuasakan oleh Blogger.