Header Ads

Pendek bukan sebarang pendek,ini 7 Kelebihan seorang perempuan yang mempunyai saiz ketinggian yang rendah



Ramai selebriti dan pelakon berjaya dalam hidup mereka walaupun sering dilabel sebagai seorang yang pendek. Antara selebriti yang terkenal adalah Kim Kardashian, Lady Gaga dan Jennifer Lopez. Jangan berasa malu jika anda merupakan seorang perempuan yang pendek dan kecil. Berikut merupakan kelebihan perempuan pendek.


1. Nampak muda dari umur sebenar

Ini adalah kelebihan yang terbaik apabila anda menjadi pendek. Anda tidak nampak berumur dengan mudah. Ini adalah kelebihan yang tidak semua orang dapat. Sebagai contoh, penyanyi Jennifer Lopez kelihatan muda walaupun usia sudah menjangkau 40-an.

2. Berjimat

Kebiasaannya pakaian yang bersaiz “kecil” atau “sederhana” akan menjadi lebih murah berbanding dengan harga saiz baju yang besar.

3. Berlindung

Anda boleh mengambil kesempatan daripada orang yang lebih tinggi dengan berdiri di belakang mereka untuk melindungi diri anda daripada sinaran matahari.

4. Disukai kanak-kanak

Tidak ada seorang pun di dunia ini, termasuk kanak-kanak yang pernah diancam oleh gadis pendek. Kanak-kanak lebih selesa bermain dengan seseorang yang tidak jauh ketinggian daripada mereka.

5. Dilindungi


Ia adalah menjadi kebiasaan manusia bahawa orang yang lebih besar dan lebih tinggi cenderung untuk melindungi orang yang lebih kecil dan rendah. Sebagai contoh, seorang ibu akan melindungi anak-anak kecilnya dan seorang abang akan melindungi adik perempuannya. Selain itu, orang awam juga cenderung untuk melindungi gadis pendek.

6. Disukai lelaki

Lelaki kebiasaanya menyukai perempuan yang lebih pendek daripada mereka. Perempuan yang pendek kebiasaanya dipandang sebagai seorang yang comel. Contoh gadis pendek yang comel adalah Kaitlyn Dever dengan memiliki ketinggian sebanyak 5’1”.

7. Mencuba kasut tinggi


Anda boleh mencuba untuk memakai kasut tinggi yang paling tinggi tanpa kelihatan kekok. Ramai selebriti yang memakai kasut tinggi dan kecantikan mereka tidak pernah berkurang.



Dikuasakan oleh Blogger.