Header Ads

Penceraian merupakan perkara dibenci, ini merupakan 5 negara yang mempunyai rekod tertinggi di dunia



Semua pasangan pun ada masalah. Takkan ada pun pasangan dalam dunia ini yang sentiasa gembira, bergelak ketawa selama dua puluh empat jam. Mesti ada turun naik kerana itulah lumrah kehidupan. 

Kunci kebahagiaan bukan terletak pada tempoh berkahwin .Sebaliknya, kebahagiaan sebenar terletak pada cara menangani masalah bersama-sama dan cara memahami pasangan masing-masing.

Banyak pasangan yang memilih berpisah dibanding berusaha mempertahankan rumah tangga mereka.Banyak penyebab perceraian yang terjadi. Kerana faktor ekonomi, perselingkuhan, dan terlalu sibuk.

Beberapa negara ini memiliki tingkat perceraian yang tinggi berbanding negara lain:

1. Maldives



Negara ini mungkin hanya memiliki populasi yang sedikit yakni sekitar 395.000 orang. Akan tetapi, Maladewa mempunyai lebih banyak perceraian berbanding tempat lain. Di negara ini 10,97 perceraian terjadi per 1.000 orang. Negara yang berbentuk republik ini memiliki peratus perceraian yang paling tinggi untuk beberapa dekad.

2. Rusia



Negara terbesar di dunia ini juga merupakan salah satu negara yang mempunyai perceraian tertinggi di dunia. Tingkat perceraian di Rusia yakni 53%. Sosiologi mengatakan, penyebab utama pernikahan rosak kerana sukar untuk hidup damai, kesulitan kewangan, serta alkohol.

3. Amerika Syarikat


Amerika Syarikat memiliki tingkat perceraian yang meningkat beberapa tahun terakhir, yakni 51%. Menurut jajak pendapat yang dilakukan di Amerika Syarikat, terdapat lima penyebab perceraian iaitu komunikasi yang buruk, kewangan, penyalahgunaan dadah, tak lagi tertarik satu sama lain, dan perselingkuhan.

4. Republic Cech



Peratus perceraian di negara ini meningkat setiap tahun. Menurut salah satu profesor di Cech, Perang Dunia II memberikan impak baru republik ini. Banyaknya lelaki yang dikirim ke medan tempur, membuat banyak perempuan yang menjadi menderita, kemudian saat mereka bersatu kembali, perempuan biasanya akan mengalami sifat tertekan.
.
5. Hungary


Satu dari 10 lelaki di Hungary telah bercerai dan 12,4% perempuan telah menikah sebelumnya. Penelitian menunjukkan banyak pasangan yang sudah menikah memilih tidak tinggal bersama. Lebih dari dua pertiga pernikahan di Hungary berakhir dengan penceraian 

Dikuasakan oleh Blogger.