Header Ads

Menuntut cerai pada suami sebab tak tahan tinggal dengan suami sebab terlalu rajin


Semua orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan mempunyai pasangan yang bertanggungjawab. Menjadi impian setiap wanita jika mendapat suami yang suka membantu isteri melakukan kerja rumah.

Sedikit sebanyak ia dapat meringankan tugas isteri dalam melakukan kerja rumah jika suami sama-sama membantu. Tetapi, lain pula yang dilakukan oleh wanita ini kerana dia minta cerai dengan suami kerana suaminya terlalu rajin buat kerja rumah.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Maha M berasal dari Arab Saudi itu dilaporkan menuntut cerai pada suaminya Mohammad S di mahkamah. Menurut saksi, Maha mahu menuntut cerai pada suami sebab tak tahan tinggal dengan suami sebab terlalu rajin.

Pasangan ini sudah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, sepanjang itu Maha sangat mencintai Mohammad. Tetapi, apabila mereka baru sahaja berkahwin selama dua minggu. Maha sudah tidak dapat tahan tinggal bersama suaminya lagi.

Maha merasakan tanggungjawabnya sebagai isteri menguruskan rumahtangga telah diambil alih oleh suaminya. Suaminya melakukan semua kerja rumah seperti membasuh pinggan, baju, memasak dan banyak lagi. Maha pula hanya disuruh berehat di rumah oleh suaminya.

“Suamiku melakukan kerja seperti ibu dalam rumahtangga. Dia tidak membenarkan aku menyentuh apa pun di rumah dan melakukan semua pekerjaan mulai dari masak, membersikan rumah, dan pekerjaan rumah tangga lainnya,” kata Maha.

Kes penceraian yang berlaku ini membuatkan ramai orang bertanda tanya. Mengapa wanita masih tidak reti bersyukur walaupun sudah mempunyai suami yang baik dan bertanggungjawab membantu isteri uruskan rumahtangga.

Syukur la sepatutnya bila ada suami yang bertanggungjawab dan rajin. Malas pon salah, rajin pon salah.
Dikuasakan oleh Blogger.