Header Ads

McDonald’s Malaysia menggemparkan promosi ayam goreng pedas,ini 7 menu yang tiada di Malaysia


Sebelum ini, McDonald’s Malaysia ‘menggemparkan’ rakyat Malaysia dengan promosi ayam goreng pedas yang membuatkan hampir semua cawangan diserbu oleh orang ramai yang mahukan ayam goreng pedas itu.

Kini, McDonald’s di negara seberang, Singapura membuat promosi burger nasi lemak yang memberi kesan hingga ke Malaysia. Menu yang pelbagai ditawarkan oleh pihak McDonald’s benar-benar memberi kesan terhadap pelanggan-pelanggan mereka.

Untuk pengetahuan anda, setiap negara mempunyai menu yang berbeza mengikut promosi yang ditawarkan oleh McDonald’s negara tertentu. Kami kongsikan beberapa menu yang menarik tetapi tiada di Malaysia untuk tatapan anda.

1. Nasi Lemak Burger


Nasi lemak burger sedang mencipta ‘fenomena’ di Singapura malah ia juga terkenal Malaysia walaupun tidak dijual di sini. Nasi lemak burger ini dilengkapi roti (pengganti nasi), sambal nasi lemak, hirisan timun, telur mata dan isi ayam.

2. Hot Fudge Waffle Cone



Menu ini diperkenalkan di Australia sempena musim panas yang dialami oleh negara tersebut. Kon wafer yang dihidangkan bersama aiskrim soft serve, dihiasi cairan coklat panas, karamel atau strawberi di bahagian atas aiskrim.

3. Minions Potato



Semasa promosi tayangan filem Despicable Me 3 berlangsung, McDonald’s Thailand, Brazil, Singapura dan beberapa negara lain mengeluarkan kentang serta mainan berbentuk minions untuk menarik minat kanak-kanak membeli produk makanan mereka. Terlalu comel untuk dimakan bukan?

4. Kentang Bersos Keju Cheddar



Malangnya, kentang bersos keju Cheddar ini hanya boleh didapati di Itali. Mungkin McDonald’s Malaysia boleh membawa promosi ini ke sini memandangkan rakyat Malaysia amat menggemari keju.

5. Muffin & Pai Lemon



Sumber dari instagram.com/mcdonalds_switzerland
Khas untuk peminat lemon, anda mungkin ingin melancong ke Switzerland untuk merasai muffin dan pai lemon di McDonald’s negara itu.

6. Golden mozzarella cheese sticks



Nampaknya McDonald’s Korea mempunyai menu mozzarella cheese sticks yang sangat menggoda. Ia sesuai untuk dijadikan kudapan ketika di dalam kereta kerana saiz hidangan agak kecil berbanding makanan lain.

7. Chicken McWings & Bubblegum McFizz



Kita tidak pernah melihat restoran makanan segera ini menjual kepak ayam di sini namun ia ada dijual di Kuwait. Malah, mereka turut menjual bubblegum McFizz yang kelihatan sangat menyegarkan.

McDonald’s mempunyai pelbagai menu yang bersesuaian dengan budaya sesuatu negara. Kesemua menu menarik serta membuatkan orang ramai tidak sabar untuk membelinya. Semoga McDonald’s Malaysia akan mengeluarkan menu baru yang lebih ‘dekat’ dengan rakyat Malaysia.

Sumber : Roti Kaya
Dikuasakan oleh Blogger.