Header Ads

Manfaat kecantikan dari buah Epal,10 Kelebihan Cuka Epal untuk kecantikan yang ramai tidak tahu


Selalunya apabila mendengar perkataan cuka epal, ramai yang beranggapan ia sekadar salah satu benda untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad.Tapi, sudah beratus tahun, cuka epal merupakan bahan yang wajib ada di setiap rumah. Khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan sungguh menakjubkan!

1.       Rambut sihat dan berkilat
Tidak perlu membazir membeli syampu yang mahal bagi masalah rambut kusam dan tidak bermaya. Cuka epal boleh membantu anda mendapatkan rambut idaman ini.

Cara – caranya adalah 2  kali sebulan selepas syampu, tuang satu cawan cuka epal di kulit kepala dan rambut, urut dan bilas selepas beberapa minit. Rambut anda akan kelihatan cantik dan lembut

2.       Menghilangkan bau badan dan kaki
Tiada apa yang lebih memalukan dari mempunyai bau badan dan ketiak yang busuk. Cuka epal ialah penyelesaian yang efektif, murah dan semulajadi untuk kedua masalah kaki dan ketiak berbau.

Cara-carannya adalah untuk kaki, rendamkan kain lap dalam secawan cuka epal dan bekas kedap udara sepanjang malam lalu simpan dalam peti sejuk dan gunakan ia untuk mengelap kaki bila perlu. Juga boleh digunakan untuk mengelap ketiak. Hanya lap pada kulit yang kering dan bersih. Jangan risau dengan bau cuka kerana ia akan hilang setelah kering.

3.       Merawat kutu
Buangkan bahan kimia yang anda gunakan untuk merawat masalah kutu pada binatang peliharaan anda. Gunakan cuka epal yang efektif dan semulajadi.

Cara-caranya adalah campurkan dengan nisbah 1:1 air dan cuka epal di dalam tub rendaman haiwan peliharaan anda. Buat ini sekali sehari untuk beberapa minggu.

4. Mengawal diabetes
Kajian mencadangkan bahan aktif dalam cuka epal, asid asetik boleh mengurangkan penghadaman kanji dan mengimbangkan gula dalam darah.

Cara – caranya adalah tambah cuka epal ke dalam sos salad atau campurkan satu sudu di dalam air dan minum sebelum makan.

5. Menghilangkan kelemumur
Pakar menerangkan cuka epal membantu menstabilkan pH kulit kepala anda, menghalang yis, iaitu salah satu punca kelumumur.

Cara – caranya adalah campurkan 2 sudu cuka epal dalam secawan air dan bilas rambut anda dengannya. Untuk kelumumur yang lebih teruk, campurkan suku cawan cuka epal dengan suku cawan air, sapu campuran ke kulit kepala dan biarkan selama sekurang-kurangnya sejam sebelum bilas.


6.  Melegakan sakit tekak
Campurkan cuka epal, madu dan serbuk lada cayenne. Ini adalah ubat batuk semulajadi. Ia mempunyai kandungan antibakterial dan capsaicin yang membantu mengurangkan sakit.

Cara- caranya adalah campurkan 1 sudu cuka epal, 1 sudu serbuk lada cayenne, dan 3 sudu madu ke dalam air suam dan minum. Jika sakit tekak akibat alergi, cuka epal sangat berkesan kerana ia mampu membantu memecahkan mukus.

7. Membantu sistem penghadaman
Menurut pakar cuka epal mempunyai enzim dan probiotik semulajadi boleh membantu masalah ini.

Cara – caranya adalah tambah satu sudu cuka epal di dalam air suam dan minum lima minit sebelum waktu makan.

8. Membersihkan berus make up
Cuka epal adalah pembersih berus make up yang bagus kerana kandungan asid malik yang antibakterial.

Cara-caranya adalah pakar kecantikan mencadangkan untuk mencampur secawan air suam dan sesudu kecil cuka epal. Juga boleh tambah hirisan lemon dalam campuran ini. Kemudian rendam berus-berus anda di dalam campuran ini selama sejam dan bilas dengan air. Keringkan sebelum menggunakan mereka lagi.


9. Membersihkan kulit
Pakar kulit menerangkan yang kulit selalunya bersifat asid dan apabila menggunakan cuka epal sebagai toner, ia membantu menyeimbangkan tahap minyak kulit.

Cara-caranya adalah cairkan beberapa titik cuka epal di dalam air sebelum mgunakan pada kulit muka dengan kapas muka.Buat tiga hingga empat kali seminggu. Jika anda mempunyai kulit sensitif, kurangkan kekerapan penggunaan dan cairkan lagi campuran.

10.  Cuka epal merupakan pembersih rumah antibakterial yang sempurna.

 Berikutnya adalah beberapa cara untuk menggunakan cuka epal untuk membersihkan rumah:

-          Campur cuka epal dan air dengan nisbah 1:1, letakkan dalam botol penyembur dan guna untuk membersihkan meja di dapur serta alatan di dapur.
-          Malah anda boleh gunakan campuran ini untuk membersihkan telefon bimbit, kerusi bagi anda. Dan unutk campuran yang lebih cair, ia boleh digunakan untuk membersihkan mainan anak.
-          Sekiranya anda ada kesan karat air pada sinki, penuhkan sinki dengan air panas, letak 2 cawan cuka epal dan rendam selama 2 jam.

-          Anda juga boleh meneutralkan bilik berbau dengan menuang cuka epal dalam mangkuk dan letakkan ia di tempat paling berbau. 
Dikuasakan oleh Blogger.