Header Ads

Mana yang degil dan susah nak berhenti merokok, ini 9 cara nak mengatasi tabiat tersebut



Susah nak berhenti merokok, 9 cara ini pasti dapat membantu anda dalam membuang tabiat tersebut
Terdapat pelbagai cara untuk berhenti merokok. Tetapi yang paling penting semangat anda haruslah kental. Tiada apa yang mustahil.

1. Tolak konsep “cukuplah sebatang”
Jangan terpedaya dengan konsep “ cukuplah sebatang” . Jika anda mempunyai azam untuk berhenti merokok maka janganlah cuba-cuba untuk menghisap walaupun sebatang kerana ketagihan untuk merokok akan kembali semula.

2. Kenali apakah penyebab anda untuk merokok
Kenali apakah penyebabnya. Sebagai contoh, mahu setaraf dengan rakan-rakan atau mengurangkan stress. Jika ramai rakan-rakan anda merokok, elakkan untuk lepak bersama.

3. Melengahkan
Jika anda mahu merokok cuba alihkan diri anda dengan perkara-perkara lain. Contohnya, sibukkan diri anda dengan kerja. Kerana kemungkinan besar keinginan anda untuk merokok itu akan hilang.

4. Bersenam
Lakukan senaman ringan seperti push up mahupun lari-lari anak. Jadikanlah ia sebagai rutin harian dan lakukan senaman ini selama 30 minit setiap hari.

5. Belajar untuk relaks
Salah satu punca yang menyebabkan ramai orang merokok adalah kerana stress.  Jadi belajarlah untuk relaks dengan cara meminum seteguk air sejuk, membuat teknik deep breathing ( 2 saat tarik nafas – 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar) atau bayangkan sesuatu yang membuatkan anda berasa sejuk.

6. Beritahu ahli keluarga
Beritahu ahli keluarga dan rakan-rakan bahawa anda mahu berhenti merokok. Jika timbul keinginan untuk merokok, beritahu mereka dan sudah pasti mereka akan mengingatkan kembali niat anda untuk berhenti merokok.

7. Online
Rajinkan diri untuk  membaca kisah-kisah orang yang telah berjaya berhenti merokok. Belajar dari mereka cara-cara untuk berhenti merokok.
                                       
8. Ingat tentang kebaikan berhenti merokok.
Senaraikan perkara atau kebaikan yang anda dapat jika anda berhenti merokok. Sebagai contoh, anda akan menjadi awet muda, anak-anak bertambah sihat, dapat menjimatkan duit dan  apa saja yang dapat menambahkan semangat untuk berhenti merokok.

9. Mengunyah
Jika anda terasa untuk merokok, kunyahlah gula-gula getah atau kacang. Ini adalah salah satu kaedah yang paling senang.


Dikuasakan oleh Blogger.