Header Ads

Lelaki pendek tak punya kelebihan, 4 fakta ini buktikan mereka mampu memikat hati wanita



#1 Lebih Positif



Percaya atau tidak bahawa lelaki berbadan rendah tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Apa saja yang dimiliki pasti akan dijaga dengan baik tanpa mudah dipengaruhi oleh sekeliling.

Anda sebenarnya lelaki rendah yang berani, tegas dan pantang dicabar. Wanita yang suka bidang mencabar pasti mencari anda.

#2 Setia Dan Penyayang



Memang tidak dinafikan bahawa lelaki rendah kadang-kadang bermasalah dengan kehidupan sosial kerana kurang yakin dengan ketinggian diri. Dek kerana kekurangan itu, lelaki rendah biasanya sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya.

Kasih sayang yang diberi sudah tentu membuatkan wanita lebih bahagia dan rasa lebih disayangi. Sudah pasti, anda seorang yang sentiasa menjadi yang terbaik buat pasangan.

#3 Suka Membuat Kejutan



Lelaki rendah tidak semestinya tidak kacak. Tetapi, sikap romantik dan suka membuat kejutan membuatkan kebanyakan wanita anggap anda lelaki kacak.

Kejutan pastinya membuatkan wanita lebih bahagia. Pelakon seperti Tom Cruise bukanlah lelaki yang tinggi tetapi sikap romantisnya membuatkan wanita beratur untuk memenangi hatinya.

#4 Suka Bergurau



Anda dilabel sebagai pak lawak di kalangan rakan-rakan bukan kerana anda bertubuh rendah tetapi anda sebenarnya seorang yang kelakar dan disenangi rakan-rakan sekeliling.

Ini bermakna, anda merupakan lelaki yang selesa untuk didampingi dan tidak henti-henti menjadikan hari si dia ceria.


Jika anda masih tidak yakin, lihat saja selebriti seperti vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley yang hanya berketinggian 5' 5" ini tidak pernah lekang dari dihimpit ramai wanita tinggi. Selain itu, Tom Cruise, Keith Urban, Mick Jagger, Ethan Hawke dan Seth Green turut mempunyai pasangan yang lebih tinggi.

Tetapi, anda mungkin lebih tertarik dengan kata-kata di kalangan  orang melayu bahawa suami yang rendah dari isteri, rezekinya lebih murah!



Dikuasakan oleh Blogger.