Header Ads

Lelaki ini telah membuktikan kalau dah sayang kan seseorang, 1001 permintaan mengarut pun sanggup ditunaikan


Anda tahu bahawa anda telah menemui seseorang yang sangat menyayangi anda apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, tidak kira berapa merapu sekalipun benda tu.

Pasti wanita ini fikir ketika itu bahawa bertukar kasut dengan teman lelakinya sebagai salah satu jalan penyelesaian yang tidak konvensional untuk meringankan kakinya dari memakai kasut sepanjang hari.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri memakai kasut pasangan masing-masing sambil menunggu di hospital tempatan di Chonqing, China. Susah nak dapat orang lelaki macam ni, dah lah pakai heels pasangan dia, warna pink pula kasutnya.

Berdasarkan gambar, kelihatan seperti kasut tumit berukuran sekurang-kurangnya tiga inci, dan dia tidak kelihatan seperti kekok dengan kasut tersebut. Sesuatu yang memberitahu kita, dia mungkin pernah melakukan perkara tersebut sebelum ini!

Sudah terbukti, orang lelaki ini sebenarnya sangat romantik bila dia sangat menyayangi diri kita. Mintalah apa jua, pasti mereka sanggup berbuat demikian untuk orang yang mereka sayang. Apa-apa pun tahniah untuk lelaki ini, admin sangat kagum dengan keberanian dan sikap 'berani mati' demi orang yang dia sayang.




Dikuasakan oleh Blogger.