Header Ads

Lagu sering dikaitkan dengan sesebuah kisah misteri, berikut merupakan 5 lagu dan kisah disebalik penceritaan


Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.

Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik.Tapi tahukah anda ada juga sesetengah lagu yang dicipta mempunyai sumpahannya yang tersendiri atau lebih dikenali sebagai “berhantu” apabila muziknya diputarkan akan terasa keseramannya .

1.Lagu Cindai-Dato’ Siti Nurhaliza

Lagu alunan Datuk Siti Nurhaliza Yang mula popular pada tahun 1998 ini telah menjadi salah satu lagu berhantu sehingga kini.Penulis lirik agu Cindai adalah Hairul Anuar Harun yang mengaku sehingga kini lagi menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai makna disebalik lagu tersohor tersebut.

Cindailah mana tidak berkias,
Jalinnya lalu rentah beribu,
Bagailah mana hendak berhias, 
Cerminku retak seribu.

Cindai bermakna Hantu pontianak.Lagu ini dikatakan berhantu kerana ada seorang perempuan menyanyi didalam bilik air dan ada suara yang mengikut bernyanyi bersama,ketika itu dia sahaja didalam bilik air itu.Lagu cindai juga pernah dikaitkan dengan kisah seorang puteri bunian.


2.Ulek Mayang


Kisah lagu ulek mayang ini bermula dengan kisah seorang nelayan yang menangkap ikan di tengah laut.Tiba-tiba datang ribut dan nelayan tersebut telah memuja semangat penunggu laut lalu dia diselamatkan oleh beberapa orang puteri laut (jin laut) dan mereka telah jatuh cinta dengan nelayan ini.

Namun oleh kerana berbeza dunia,mereka terpaksa menghantar nelayan tersebut balik ke pantai.Nelayan tersebut tidak sedarkan diri kerana puteri-puteri itu enggan melepaskannya lalu dirawat oleh seorang bomoh menggunakan mayang kelapa.

Bomoh tersebut terpaksa menyeru semangat-semangat yang lain untuk membantu sehinggalah datang Puteri Sulung(adik-beradik dengan puteri laut tadi) dan menyuruh adik-adiknya balik ke tempat asal.

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Sebagai penghargaan maka puteri-puteri itu dijamu dengan pulut kuning dalam upacara semah (memberi makan Jin Laut) Kisah ini dikatakan berlaku lama dulu iaitu sebelum kedatangan Islam.Setelah kedatangan Islam,acara khurafat ini telah ditinggalkan.

Namun masih ada segelintir masyarakat yang tidak berpegang dengan ajaran Islam dan masih mengamalkan upacara Ulik Mayang ini terutama bagi golongan nelayan,kononnya untuk meminta bantuan Jin Laut melindungi mereka semasa mereka turun ke laut untuk menangkap ikan.


3. LINGSIR WENGI


Sebagian besar masyarakat Jawa mempercayai jika menyanyikan lagu Lingsir Wengi bermakna memanggil makhluk halus untuk datang. Lagu Lingsir Wengi sering diidentikkan sebagai lagu untuk memanggil pontianak.

Hingga kini tak ada yang mengetahui secara pasti siapa yang menciptakan lagu ini. Lingsir Wengi sendiri dinyanyikan secara turun menurun .Dalam lirik Lingsir Wengi inilah yang kemudian melahirkan banyak persepsi jika lagu ini adalah lagu untuk memanggil setan.

Lirik:
Lingsir wengi sliramu tumeking sirno
Ojo tangi nggonmu guling
awas jo ngetoro
aku lagi bang wingo wingo
jin setan kang tak utusi
dadyo sebarang
Wojo lelayu sebet

Jika diterjemahkan dalam bahasa melayu, lirik mempunyai makna berikut.

Menjelang petang, anda (bayang-bayang) mula hilang
Jangan bangun dari tidur anda
Berhati-hatilah, jangan ternampak (tunjukkan diri anda)
Saya gelisah,
Jin syaitan saya perintahkan,
Jadilah apa-apa,
Tetapi jangan sampai membawa maut

Bagian lirik inilah yang dianggap syarat akan makna tak lazim dan cenderung mengerikan. Lingsir Wengi dinyanyikan dengan menggunakan nada sinden khas tradisional jawa terasa kian melengkapi nilai mistik pada lagu ini.

4. Misteri Lagu Takdir


Lagu “Takdir" atau lebih dikenali dengan "Misteri Lagu Takdir" dikatakan jika lagu ini bernyanyi boleh memanggil nama hantu yang bernama Lita. Penyanyi dan penulis lagu Takdir  masih misteri, dikatakan siapa saja yang mendengar lagu ini tepat di tengah malam, tiba-tiba akan mengubah corak tingkah laku tanpa sebab yang jelas, minda kosong, tidak dapat mengawal emosi, ada jeritan histeria dan roh rasuk.

Lirik:
Kularutkan ke malam sunyi
kusandarkan ke Hari yang hitam
Ku masih terpaku
Tlah kupanggil angin malam
Ku harapkan kan di hempas
namun semua sia sia kau telah pergi
Reff:
Ketika malam datang
ku tak bisa melihatmu
ketika pagi datang
ku tak bisa menyentuhmu
kau telah pergi ...
Memang salahku tak pernah tau
tentang isi hatimu
namun sekarang kau tutup mata tuk selamanya

Pada mulanya dan pada akhir lagu terdapat bunyi yang berdengung yang kononnya apabila dengungan terakhir banyak gangguan ghaib yang kelihatan seperti bunyi jejak kaki, bunyi mengetuk pintu, objek jatuh dari atas, bau melati dan bunga-bunga lain, " Misteri Lagu Takdir ".



5. MALAM SATU SURO


Malam Satu Suro sendiri sebenarnya merupakan ritual yang dilakukan oleh masyarakat yang masih memegang teguh adat Jawa hingga sekarang. Lagu Malam Satu Suro sebenarnya memiliki lirik yang tidak menyeramkan.


Lirik:
Malam ini
Sunyi sepi
Kau terlena
Dalam mimpi
Kau tersenyum
Kedamaian

Sekilas tak ada yang aneh ataupun makna menyeramkan pada lagu ini. Lagu ini terkesan seperti lagu-lagu bertemakan cinta pada umumnya.Malam Satu Suro ini mengandung hawa mistik ketika dinyanyikan oleh sosok Sundel Bolong yang dilakonkan oleh Suzana.


Dikuasakan oleh Blogger.