Header Ads

Kucing sering menjadi haiwan peliharaan manusia, berikut 6 baka tercomel dunia yang buat anda terpegun


1. Munchkin


Tidak pernah mendengar tentang baka ini? Ini adalah kerana baka ini adalah agak baru. Kucing ini mempunyai keperibadian yang berbeza daripada kucing biasa. Mereka suka bermain dan bergaduh sesame mereka. Tetapi, selepas hari yang panjang dan sibuk, mereka sudah bersedia untuk bermanja dengan tuan mereka. Ciri-ciri kucing ini adalah berkaki pendek dan cerdas.

2. Benggal


Benggal adalah sejenis kucing yang suka keluar bermain dan juga mempunyai tenaga yang tinggi. Mereka kelihatan seperti kucing hutan dengan bintik-bintik leopard dalam pelbagai warna coklat, tembaga, perak dan kelabu. Mereka sangat pintar dan mudah dilatih. Nama kucing Bengal berasal dari kucing harimau Asia, tetapi mereka tiada kaitan dengan harimau Benggal. 

3. American Shorthair


American Shorthair adalah sejenis kucing domestik. Ia adalah salah satu baka kucing yang paling popular di Amerika, walaupun suka marah tetapi mereka juga suka dipeluk dan bermain. Terdapat lebih daripada lapan puluh kombinasi warna yang berbeza untuk American Shorthair.

4. Maine Coon


Baka Maine Coon adalah “Goliat” dalam dunia kucing. Walaupun mereka berbaka besar, mereka adalah salah satu baka yang paling lembut dan tenang. Mereka sesuai bersama dengan manusia dan anjing. Maine Coon terkenal  dengan sifat kasih sayangnya yang suka mengikut pemiliknya di rumah.

5. Siamese


Kucing Siam memiliki mata biru dan sangat berdedikasi dengan tuannya dan juga merupakan salah satu kucing yang paling diingini. Mereka boleh “bercakap” dan merengek untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Mereka sangat gigih apabila mahu sesuatu daripada tuannya sebagai contoh makanan dan juga perhatian. Ia juga mungkin mengambil masa untuk rapat dengan tuannya.

6. Ragdoll


Baka kucing ini mempunyai badan yang sangat lembut dan mereka juga boleh membesar melebihi dua puluh kilogram. Ragdoll tidak bertenaga dan lebih suka berehat daripada bermain. Mereka adalah baka yang rumit dan tidak dapat melindungi diri mereka daripada pemangsa.






Dikuasakan oleh Blogger.