Header Ads

Kewarganegaraan diberi oleh kerajaan Arab Saudi kepada bukan manusia, tetapi robot


Buat pertama kalinya di dalam sejarah manusia apabila kewarganegaran telah diberikan kepada bukan manusia apabila sebuah robot telah diberikan status kewarganegaraan oleh kerajaan Arab Saudi.

Acara yang perlu bersejarah itu telah berlangsung di persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh, Arab Saudi.

Sophia, nama robot yang kelihatan seperti seorang manusia itu telah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang menerima dirinya sebagai rakyat. Robot ini juga ditemu bual semasa acara tersebut.


Antara soalan yang dikemukakan termasuklah risiko dunia diambil aleh oleh robot AI. Sophia menyatakan bahawa dirinya dicipta dengan nilai kemanusiaan seperti kebijaksanaaan, kebaikan dan belas kasihan.

Sophia juga mengatakan mungkin soalan tersebut ditanya kerana manusia terlalu banyak menonton wayang Hollywood.

Sophia juga menyatakan bahawa kemungkinan manusia terpengaruh dengan Elon Musk. Elon, kemudian memberi maklum balas pada artikel temubual Sophia yang dipaparkan pada laman Twitter:


Netizen kemudiannya dilihat berbelah bahagi dengan pendapat yang berbeza-beza. Terdapat segelintir netizen yang menunjuk perasaan dengan membangkitkan isu seperti ramai manusia yang berstatus warga asing dan tidak mempunyai apa-apa kerakyatan.



Selain itu, seorang lagi mengaitkan isu perkauman menanyakan jika Sophia tidak boleh meninggalkan negara tanpa izin penjaganya.


Dikuasakan oleh Blogger.