Header Ads

Justin Timberlake dan Perdana Menteri Kanada memakai pakaian "Kostum" terbaik Halloween tahun 2017


Pada ketika ini, mereka di Barat sedang menyambut sambutan Halloween 2017. Ada diantara mereka yang mengatakan tahun ini adalah tahun yang terbaik bagi Halloween kerana ada satu detik dimana Perdana Menteri Canada Justin Trudeau telah menarik baju dan didalamnya beliau memakai baju logo "Superman" dan bergaya seperti Clark Kent!

Ini gambar Perdana Menteri Canada, Justin Trudeau:-


Selain itu, admin ada nampak seorang dari artis Hollywood iaitu Justin Timberlake juga kongsikan beberapa gambar comel keluarganya di laman Instagramnya yang memperlihatkan beliau memakai kostum Buzz Lightyear, isterinya Jessica Biel sebagai Jessie, dan anak lelakinya berusia 2 tahun memakai kostum seperti Woody dalam filem animasi "Toy Story 2". Comel kan?

 Seingat admin lah filem animasi Toy Story ni pada kali pertama ditayangkan pada tahun 1995 sehinggalah Toy Story 3 pada 2010. Kira dah lama juga filem ini tak ditayangkan lagi. Adakah ini salah satu cara mereka untuk mempromosikan Toy Story ke-4, mungkin? Berbalik kepada cerita Justin Timberlake, Mari kita tengok antara gambar beliau kongsikan yang telah admin kumpul untuk tatapan korang semua.

Justin Timberlake, Jessica Biel, dan anak lelaki mereka yang berusia 2 tahun, Silas adalah salah satu keluarga paling popular di Hollywood

Filem animasi Toy story 4 bakal ditayangkan pada tahun 2019


Pada Halloween ini mereka memilih idea pakaian dari keluarga yang paling akrab- Toy Story family




Tahun lepas, mereka memakai kostum watak-watak dari filem Trolls, Comel je tengok keluarga ini


Sumber: Instagram Justin Timberlake, jessicabiel
Dikuasakan oleh Blogger.