Header Ads

Jika kereta dilanggar dari belakang, ini 14 cara mudah dari "peguam"


1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang. ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaanya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.

Ingat!, jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang dan peralatan yang diperbuat dari besi.

Kerana anda boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar no plat dan cukai jalan kenderaan yang melanggar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang melanggar anda tadi keluar dari kenderaanya, sapa lah dia dengan baik, walaupun anda tidak mampu senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi?. Kebiasaanya dalam situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tidak akan menyekesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta kepada pemandu yang melanggar kereta anda kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan dan lesen memandu itu.



8. Jika dia tidak mengaku bersalah langgar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda.

Hanya bagitahu dari segi undang - undang, sekiranya kenderaan melanggar kenderaan lain dari belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menaggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya.

Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakkan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi jangan tanguh - tanguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisness kad supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya.

Biarkan saja dia pergi, ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berdekatan.

13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui sayarikat insurans kenderaan yang melanggar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda.

Mudah bukan? tak perlu gaduh - gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita ada undang - undang.

Patuhilah undang - undang yang ditetapkan.

Dikuasakan oleh Blogger.