Header Ads

Jenama fesyen ini sangat dikenali ramai, antara 10 jenama ini yang mana jadi pilihan anda


Dunia fesyen sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman yang semakin berkembang pesat. Ada yang berjaya mengekalkan identiti mereka dan ada juga yang terpaksa mengubah identiti kerana mengikut arus peredaran masa.

Setiap perniagaan ada pasang surutnya dan pasti ada yang membuat perbandingan dari segi sumber pendapatan dan kerugian sesebuah syarikat.

Berikut merupakan antara pengeluar fesyen ternama dan nilai pendapatan tahunan mereka: 


1. Louis Vuitton
                                         
Jenama fesyen yang paling mahal dan bernilai di dunia adalah Louis Vuitton. Nilai jenama syarikat ini adalah sekitar $28.1 billion manakala jumlah pendapatan tahunan produk ini adalah kira-kira $10.1 billion. 

Brand ini sangat terkenal dengan hasil karya barangan kulitnya. Syarikat ini juga menghasilkan barangan lain seperti kasut, jam tangan, dan cermin mata hitam.


2.  Gucci
                                    
Antara brand yang tidak asing lagi di negara kita, Nilai jenama syarikat ini dianggarkan sekitar $12.4 billion manakala pendapatan tahunan syarikat ini secara kasarnya dianggarkan sekitar $4.5 billion. 

Bukan sahaja artis, malah golongan-golongan lain turut gemarkan hasil design produk ini. 



3.  Hermes
                             
Nilai jenama syarikat ini sekitar $10.6 billion manakala pendapatan syarikat adalah kira kira $5.3 billion. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1837 oleh Thierry Hermes. Syarikat ini terkenal dengan tas Kelly mereka dan juga scaf sutera. Mereka pakar dalam bidang pengeluaran tali pinggang, pakaian sukan lelaki dan wanita.

Nama produk ini agak asing di Malaysia tetapi antara yang terkenal di dunia dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.


4. Prada
                             
Nilai jenama syarikat ini adalah sekitar $7.3 billion manakala pendapatan tahunan syarikat ini adalah sekitar $3.7 billion. Syarikat ini mula ditubuhkan oleh pengeluar jenama kulit dari Itali yang bernama Mario Prada.

Jenama ini adalah salah satu jenama yang paling popular dikalangan gadis-gadis kerana reka bentuk, gaya dan warnanya yang menarik sentiasa memudahkan para gadis untuk memadankan pakaian mereka.



5. Chanel
                               
Seterusnya ialah Chanel, juga bagi admin sebagai salah satu nama besar di Malaysia mahupun dunia.Nilai jenama syarikat ini dianggarkan dalam $6.8 billion manakala pendapatan tahunan syarikat adalah $5.4billion. 

Memulakan perniagaannya dengan mengunakan nama pengasasnya sendiri iaitu Coco Chanel pada tahun 1909. Jenama ini lebih banyak fokus terhadap penghasilan pakaian-pakaian wanita. 

Selain itu mereka juga mengeluarkan minyak wangi produk mereka sendiri.





6. Ralph lauren
                            
Pengasas syarikat ini merupakan seoran warga Amerika Syarikat, Beliau telah memulakan perniagaannya 10 tahun selepas Malaysia mendapatkan kemerdekaan iaitu pada tahun 1967. 

Nilai jenama syarikat ini adalah sekitar $6.6 billion manakala pendapatan syarikat adalah $7.1 billion. Jenama ini lebih dikenali oleh kaum lelaki kerana banyak menghasilkan T-shirt kolar yang nampak simple tapi cantik dan berkualiti. 


7. Burberry
                                    
Merupakan syarikat yang berasal dari Britain, Pada mulanya syarikat ini hanya fokus dalam menghasilkan "Trench Coat" dan kemudiannya berkembang dalam menghasilkan barangan yang lain. 

Nilai jenama syarikat ini adalah sekitar $5.87 bilion manakala pendapatan syarikat adalah $4 billion. Pengasasnya ialah Thomas Burberry , Beliau memulakan perniagaannya pada tahun 1856 di sekitar Basingstoke, England.


8. House of Versace
                                       
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1978 oleh seorang usahawan dari Itali iaitu Gianni Versace. "Headquarters" syarikat ini berada di Milan, Italy. Nilai jenama syarikat ini adalah sekitar $5.5 billion manakala pendapatan syarikat adalah $1 billion.

Jenama ini dikenali dengan penghasilan kain-kain yang bermutu tinggi, selain itu mereka turut menghasilkan pakaian yang menarik untuk dipakai oleh semua peringkat umur.



9. Fendi
                                       
Juga merupakan sebuah syarikat yang berasal dari italy, Pengasasnya merupakan adik beradik iaitu Adele dan Edoardo Fendi.Nilai jenama syarikat ini adalah sekitar $3.5 billion. Penubuhan syarikat ini dilakukan pada tahun 1925. 

Mereka dikenali kerana berjaya menghasilkan rekaan-rekaan menarik dari pakaian yang berbulu, selain itu mereka juga turut menghasilkan rekaan untuk beg tangan dan aksesori lain. 

Permulaan pertama mereka dalam penghasilan Beg ialah pada tahun 1997 dikenali sebagai Baguette.


10. Giorgio Armani
                                  
Memulakan perniagaan pada tahun 1975, Giorgio Armani terus maju kehadapan dan berjaya menarik peminat-peminatnya yang tersendiri.Nilai jenama syarikat ini adalah sekitar $3.1 billion. 

 Dikenali kerana kemahiran mereka dalam mencetus idea untuk merekabentuk, mengilang, mengedar dan menjual barang canggih, barang-barang kulit, kasut, jam tangan, barang kemas, aksesori, kacamata, kosmetik dan hiasan rumah.

Dikuasakan oleh Blogger.