Header Ads

Dipanggil ‘Paus Gemuk’ Bekas Perenang Ini Menjadi Anoreksia, Elle telah hilang 40kg



Elle Lietzow merupakan seorang atlet remaja berusia 19 tahun dari Melbourne. Dia merupakan perenang nasional dan salah seorang peserta kelayakan Olimpik sebelum berhenti. Akibat pernah diejek sebagai ‘paus gemuk’ satu ketika dahulu, Elle sangat takut dengan kenaikan berat badan.

Elle hanya berusia 16 tahun ketika dia mempunyai gangguan makan, anoreksia. Dia telah hilang 40 kg dalam masa 6 bulan akibat dihantui pembulian yang pernah dilaluinya dan Elle berkongsi cerita anoreksianya di media sosial untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang terjadi padanya.

Pada awalnya dia tidak berniat untuk menurunkan berat badan, tetapi lama-kelamaan ia menjadi satu ketagihan. Disebabkan terlalu kekurangan zat makan, badannya mula berubah. Serta otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik.


Elle enggan mendapatkan rawatan di hospital jadi, dia mula sebagai pesakit luar. Orang sekeliling sering menyuruhnya menambah berat badan tetapi mereka tidak faham dengan apa yang dihadapinya. Ia bukan membuatkan dirinya tidak makan, tetapi lebih ekstrem iaitu makan terlalu banyak hingga timbul rasa jijik.

Dalam masa 12 bulan, berat badan Elle naik mendadak kerana makan terlalu banyak. Dari kepingan coklat hinggalah sebuku roti. Dia menjadi tidak gembira dan malu untuk dilihat di tempat awam. Elle mengasingkan dirinya dari dunia sekeliling.


Selepas kehilangan keyakinan diri dan kerja, Elle membuat keputusan untuk menjadi sihat dan mengurangkan berat yang perlu. Namun, dia tersasar. Dia kembali menjadi obses dan mengurangkan lebih banyak kalori kerana media sosial penuh dengan saranan mengurangkan kalori.

Elle telah mengurangkan kalori ke tahap yang sangat bahaya. Malah terlalu takut untuk minum air kerana takut dengan berat badan yang akan naik. Dia telah menipu doktornya berbulan-bulan dengan meminum air dengan banyak dan meletakan banyak syiling ke badannya sebelum waktu menimbang.

Elle memecahkan rahsianya. Darahnya di ambil dan dia digegaskan ke hospital. Dia telah dimasukan ke dapat wad dengan berat badan yang hanya 37 kg, tahap gula hanya 1.5 (sepatutnya antara 4-6), potasium hanya 1.7 (sepatutnya antara 3-5) serta degupan jantung yang tidak tetap.


Badannya dimasukan air dan terpaksa menghabiskan masa sebulan di hospital untuk program masalah pemakanan di mana mereka akan memaksa anda makan dan fokus pada menaikan berat badan. Selepas keluar hospital, Elle kembali ingin menurunkan berat badan.

Dengan berat badan yang turun hingga 35 kg selepas tiga minggu meninggalkan hospital pada September 2014, Elle bertekad ingin pulih kerana takut untuk masuk ke hospital semula.

Dia duduk di hadapan komputer bersama ibunya dan mula mencari cara makan alternatif. Dan mereka menjumpai pemakanan vegan yang tinggi karbohidrat. Selepas mula dengan gaya hidup baru, Elle telah berjaya mengubah pemikirannya dan tidak menghadkan kalorinya lagi.

Dia memastikan badannya mendapat nutrisi yang secukupnya. Elle menjadi lebih positif dan ingin membantu orang lain. Elle dengan cara pemakannya yang baru, Elle telah membuka akaun Youtube untuk berkongsi ceritanya dan menggunakan platform Instagram untuk berkongsi perubahan gaya hidupnya.

Dia ingin meningkatkan kesedaran dan menunjukan yang ianya tidak mustahil untuk menjadi sihat dan gembira pada masa yang sama. Ia berkesan untuknya dan ia pasti berkesan untuk orang lain.

Apa yang terjadi kepada Elle, merupakan salah satu kesan buruk pembulian verbal. Tidak kira apa jenis pembuli, ia tetap kan mendatangkan kesan yang buruk. Didalam kisah ini, Elle berjaya menyelamatkan dirinya dari terus tenggelam dengan pergolakan emosinya.


Disebabkan itulah penting untuk ibu bapa mengambil tahu tentang apa yang berlaku kepada anak-anak.
Dikuasakan oleh Blogger.