Header Ads

Dalam tidak kita sedar ada yang menyukai kita, ini 10 tanda dia sebenarnya sukakan kita





Dalam dunia hari ini, sukar untuk mengetahui sama ada seseorang itu benar - benar menyukai diri kita. Kadang kadang mereka hanya mahu menjadi seorang yang peramah sahaja. Selain itu, terlalu ramai juga menyembunyikan perasaan mereka kerana mereka tidak yakin samada orang yang disukai itu menyukai diri mereka balik dan kitaran itu terus berjalan.

Berikut adalah tanda tanda seseorang menyukai diri anda.

#1 Sering memuji diri anda

Mereka sering memuji diri anda tetapi bukan secara terang terangan. Ini kerana, mereka mahu menyembunyikan perasaan mereka daripada diketahui oleh anda.

#2 Perasan akan perubahan kecil pada diri anda

Tak semua yang perasaan akan perubahan pada diri kita akan tetapi jika seseorang itu mula perasan walaupun ada sedikit perubahan pada anda maka seseorang itu mempunyai perasaan yang lebih dari persahabatan.

#3 Memulakan perbualan

Mereka sering memulakan perbualan dan menjadi orang pertama yang mahu berbual dengan anda. Contohnya mereka akan bertanya khabar tentang diri anda.

#4 Ajak untuk berjumpa

Mereka selalu mengajak anda untuk meluangkan masa bersama mereka. Sebagai contoh, mereka mengajak anda untuk menonton wayang bersama atau makan malam bersama.

#5 Mengingati tarikh/peristiwa/perkara

Mereka akan ingat tarikh tarikh penting anda. Sebagai contoh, hari lahir anda atau perkara- perkara yang anda sukai dan perkara-perkara yang anda tidak suka.


#6 Selalu senyum apabila bersama anda

Kebiasaanya, seseorang itu akan merasa gembira apabila dapat bersama dengan orang yang disukai lebih-lebih lagi dapat melihat mereka dengan lebih dekat.

#7 Menukar subjek apabila anda bercakap tentang seseorang yang anda suka

Jika orang itu bukan mereka, mereka akan mengubah subjek sehingga mereka tidak perlu lagi mendengarnya. Itu adalah salah satu tanda besar mereka menyimpan perasaan terhadap diri anda.

#8 Bertanya tentang keluarga

Mereka sering bertanyakan tentang hal keluarga anda. Seseorang yang hanya menjadi kawan tidak akan bertanyakan tentang hal keluarga kecuali jika mereka dapat tahu akan sesuatu yang buruk berlaku.

Jika mereka ada bertanyakan hal keluarga kemungkinan mereka menyukai dan mahu menunjukkan minat kepada perkara yang penting bagi anda.


#9 Berpakaian dengan lebih kemas

Kebiasaanya mereka akan memakai pakaian yang lebih kemas dan menarik daripada biasa. Hal ini kerana mereka ingin menarik perhatian anda. Selain itu, mereka cuba untuk buat anda berasa kagum dengan penampilan mereka.

#10 Memberi perhatian apabila anda bercakap didalam kumpulan

Mereka memberi perhatian yang lebih kepada anda apabila anda bercakap didalam kumpulan. Kebiasaanya apabila ramai orang didalam kumpulan sukar untuk memberi tumpuan.Tetapi jika mereka menyukai anda lebih daripada kawan, kemungkinan mereka akan mengingati perkara yang anda cuba sampaikan.

Dikuasakan oleh Blogger.