Header Ads

Bertapa susahnya menggayakan tudung bila berpipi tembam, ini 5 cara hilangkan pipi tembam



Jom lakukan beberapa cara dibawah untuk kuruskan pipi;

1. Menjelirkan Lidah



Buka mulut lebar-lebar lepastu jelirkan lidah sepanjang yang korang mampu. Kalau boleh sampai menyentuh dagu tau, kemudian tahan selama 10 saat.

Korang boleh ulang buat sebanyak 10 kali atau lebih.

2. Mengurut Muka



Gunakan serbuk gandum ataupun minyak zaitun untuk mengurut wajah supaya peredaran darah dapat berjalan dengan lancar dan sihat.

Urut dari bawah dagu ke atas pipi secara bulatan, urut lima kali atau lebih dan jangan lupa tekan pipi secara perlahan bermula dari sudut bibir hingga ke telinga.

3. Buat Mulut Ikan



Cara ni menggunakan bahagian mulut, pipi dan rahang. Korang cuma perlu sebut huruf I dan O secara cepat-cepat sebiji macam mulut ikan mas dalam akuarium tu.

Macam kelakarkan tapi cara ni dapat membantu aliran darah di bahagian wajah berjalan dengan lancar tau.

4. Menyedut Pipi



Sedut pipi kanan dan kiri kuat-kuat, tahan selama 10 saat dan lepaskan. Ulang sampai 10 kali.

Kalau nak buat lebih pun boleh je tak salah pun.

5. Tiup Belon



Beli belon dekat kedai lepastu tuip belon tu sampai mengembang besar tapi jangan ikat sebab korang kena kempiskan balik lepastu ulang tiup selama 15 kali sehari.

Kalau korang konsisten dengan cara ni, pasti pipi yang tembam tu akan jadi runcing.

Kunyah gula-gula getah pun boleh membantu kuruskan pipi, lima cara ni pun kalau dilakukan dengan konsisten memang confirm menjadi. Terpulang la nak buat cara mana pun ye. Selamat mencuba
Dikuasakan oleh Blogger.