Header Ads

Bersama kita doakan kesejahteraan dan keselamatan untuk mereka yang di Kedah, 102 keluarga telah dipindahkan


SEKURANG-kurangnya 336 mangsa membabitkan 102 keluarga di daerah Sungai Petani dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara akibat banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan setakat 8 pagi hari ini.
Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Azahar Ahmad berkata, 11 pusat pemindahan dibuka sejak 9 malam semalam.
Antara pusat pemindahan dibuka adalah Surau Kampung Sungai Bongkok, Dewan Kampung Tengah Padang Temusu, Dewan Steang Wam Kowang dan Surau Kampung Padang Tok Sora.







Pusat pemindahan yang turut dibuka membabitkan Dewan Kampung Bukit Belah Batu 2, Dewan Kampung Sungai Pasir, Dewan Kampung Lebai Ali dan Dewan Taman Bedong Jaya, Bedong, Surau Taman Malinja, Semeling, Masjid Permatang Gedong dan Dewan Kampung Segantang Garam.
"Hujan lebat yang berterusan sejak tengah hari semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Sungai Petani dinaiki air.
"Fenomena air laut pasang besar setinggi 2.9 hingga 3.0 meter dan masalah sistem perparitan memburukkan lagi keadaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan bersama agensi yang terbabit di lokasi yang berlaku banjir kilat.

#SumberHarianMetro
Dikuasakan oleh Blogger.