Header Ads

Banyak filem seram telah ditayangkan, berikut merupakan 8 watak utama di sebalik karakter cerita tersebut


Apa yang membuatkan anda rasa takut  untuk menonton filem seram? Adakah kerana unsur kejutan didalam filem itu membuatkan anda rasa takut atau watak yang ada dalam filem tersebut yang membuatkan anda tidak suka untuk menonton cerita itu?

Sebenarnya wajah sebenar di sebalik watak tersebut tidak sama seperti yang digambarkan didalam filem tersebut, Malah ada wajah mereka yang kita tidak sangka boleh diubah sedemikian rupa. 

Jom kita kenali beberapa wajah sebenar disebalik watak-watak filem seram yang pernah ditayangkan. Hasil transformasi wajah-wajah pelakon ini sangat mengagumkan dan mendapat pujian ramai.

1. Valak – Bonnie Arrons (The Conjuring 2, 2016)


Disebabkan raut wajahnya yang menarik, Bonnie Arrons telah menerima pelbagai tawaran untuk melakonkan watak yang berbeza dalam setiap lakonan beliau. Antara filem lakonan beliau, Annabelle : Creation dan Drag Me To Hell.

2.    Samara – Daveigh Chase ( The Ring)



Sekali imbas wajah beliau, kita tidak sangka bahawa wajahnya yang cantik itu mampu diubah kepada watak yang menyeramkan. Pelakon berusia 27 tahun ini bukanlah seorang artis yang terkenal dengan watak seram, Beliau sebenarnya lebih dikenali kerana membawa watak Lilo Pelekai didalam cerita animasi yang pernah mendapat tempat di hati peminat-peminat cilik iaitu Lilo&Stitch

3.    Kayako – Takako Fuji ( The Grudge, 2004)


Dilahirkan pada 27 Julai 1972, beliau adalah seoarang pelakon yang berasal dari Jepun dan merupakan artis suara yang terkenal kerana prestasinya sebagai Kayako Saeki didalam siri filem The Grudge / Ju-on.

4.    Toshio – Yuya Ozeki ( Ju- On)
  

Salah satu cerita seram yang berjaya menarik minat orang ramai untuk menontonnya sekitar awal tahun 2000. Inilah rupa sekarang budak kecil didalam filem Ju-on yang sekarang berumur 21 tahun. Tak sangka kecik-kecik jadi hantu bila besar sangat tampan.

6.    Freddy Krueger – Robert Englund ( A nightmare on elm street)


Robert Englund dilahirkan pada 6 June 1947 dan berasal dari Glendale, California. Selain Freddy Krueger beliau turut membintangi cerita The Batman (2005), Hulak and The Agents of S.M.A.S.H.

7.    Bride in Black – Tom Fitzpatrick ( Insidious Chapter 2)


Aktor ini boleh dikatakan antara pelakon senior di Hollywood dan telah melakonkan pelbagai watak. Dilahirkan sekitar tahun 1941, Beliau juga adalah seorang penyanyi sekitar hujung 1980 serta awal 199 tahun 1990.

8.    Pennywise-Tim Curry (IT,1990)
      

Ini sebenarnya pelakon asal filem yang bertajuk IT ini. Filem ini telah diangkat semula dan merupakan antara filem bergenre seram yang berjaya menggegar carta box-office dunia. Tim Curry atau nama sebenarnya Timothy James Curry telah dilahirkan pada tahun 1941.


Dikuasakan oleh Blogger.