Header Ads

Bangun lebih awal setiap pagi, ini 13 perkara dapat membantu bangun pagi


1. Fikirkan tentang sesuatu yang positif sebelum tidur



Contohnya seperti rancangan yang akan menceriakan hari anda pada keesokkan hari.

Apabila anda bangun nanti, anda akan rasa excited untuk mulakan hari anda.

Selain itu, menurut seorang pakar tidur bernama Dr. Stephanie Silberman, apabila anda mengamalkan pemikiran positif sebelum tidur, ia dapat mengurangkan fikiran lain yang dapat mengganggu tidur anda seperti perasaan risau.

Jadi, ia dapat membantu anda tidur lebih lena.

2. Jika berfikiran positif saja tak membantu, dengar muzik yang menggembirakan anda



Bagi sesetengah orang, mendengar muzik dapat membantu menjadikan mood mereka positif. Muzik itu pula pastikan jangan terlalu rancak.

"Penggunaan alatan elektronik boleh merangsang sistem kitaran 24 jam badan manusia dimana ia boleh memberi kesan terhadap waktu tidur," kata Dr. Figueiro, seorang Profesor Madya di Institut Politeknik Rensselaer.

3. Lompat dari katil bila bangun



Ini benda betul, tak tipu. Ia memang membantu anda terus rasa cergas.

4. Pastikan tidur anda mencukupi



Maksudnya: jangan tengok handphone, laptop atau apa-apa alatan elektronik yang boleh mengganggu anda untuk tidur.

5. Jadikan waktu anda bangun sebagai rutin harian termasuklah hujung minggu



Sekiranya anda bangun pada hujung minggu, anda dapat buat banyak perkara yang anda tangguhkan sebelum ini seperti berkebun, bersenam, atau kemas rumah.

6. Wujudkan rutin harian selepas bangun seperti minum kopi, bersenam atau membuat sesuatu yang kreatif



Rutin seperti ini juga boleh dijadikan motivasi untuk anda bangun pagi. Contohnya, anda beritahu diri sendiri,

"Kalau bangun awal, dapat bancuh dan nikmati kopi yang sangat sedap!".

Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Epstein berkata, "Badan kita biasa dengan rutin dan ia dapat membantu badan kita untuk berkerja dengan lebih baik".

7. Sediakan segala persiapan waktu petang atau malam supaya anda tak perlu bergegas pada keesokan hari



Contohnya, anda sediakan baju jogging, baju kerja, fail dalam beg dan segalanya yang sering disediakan pada waktu pagi.

8. Pastikan anda tak buat apa-apa yang berkaitan dengan kerja sejurus anda bangun supaya anda tak menjadi stress



9. Letakkan alarm clock jauh dari katil



Apabila anda bangun untuk matikan jam, pasti anda akan terus terjaga. Lagi jauh lagi bagus tetapi jangan jauh sangat sampai anda tak dengar langsung.


10. Jangan amalkan snooze



Inilah punca utama anda jadi malas bangun.

11. Pastikan bunyi alarm clock anda tak annoying



Tetapkan bunyi alarm clock anda dengan lagu atau bunyi yang tak buat anda sakit jantung mahupun buat anda lagi terlena.

Lagu itu biar yang boleh buat anda senang bangun.

12. Mula dengan menetapkan alarm clock anda seminit atau dua minit lebih awal setiap hari



Memang mustahil lah kalau anda mahu bangun pukul 5 pagi terus kalau anda dah biasa bangun pada pukul 7 setiap pagi.

Jadi, tetapkan waktu bangun anda awal beberapa minit untuk biasakan badan anda untuk bangun awal sehingga anda dapat bangun pada waktu yang anda inginkan.

13. Minum satu gelas air kosong



Ia akan membantu anda untuk mengelakkan hidrasi semasa tidur dan confirm anda akan bangun awal untuk cari bilik air dulu.
Dikuasakan oleh Blogger.