Header Ads

Bagaimana nak kekalkan kecantikan yang ada pada bibir kita, ini 6 cara mudah mengekalkan kecantikan bibir


Bibir merupakan salah satu aset penting di anggota badan kita. Selalunya bibir lah yang akan menjadi perhatian seseorang sebelum anggota badan lain. Tetapi bagaimana nak kekalkan kecantikan bibir kita? ini ada sedikit tips yang admin harap boleh bantu anda dalam mengekalkan kecantikan bibir yang kita miliki ni?

Berikut adalah 6 cara mudah untuk mengekalkan kecantikan bibir anda.

1. Lip balm, digunakan sebelum anda mengenakan lipstik atau lip gloss dibibir anda. Lip balm berfungsi sebagai asas yang menarik sebelum anda mengenakan lapisan terakhir yang menggambarkan diri anda sepanjang hari tersebut. Ia juga melembutkan bibir anda.

2. Sekiranya anda risau bahawa warna gincu anda terlalu terang, gunakan lapisan lipstik yang nipis di permulaannya dan seterusnya menyebarkan ke serata bibir.

3. Sekiranya tiada gincu di tangan dan anda perlukannya? campurkan sedikit vaseline dengan eye shadow dan sapukan ke bibir anda dengan menggunakan jari.

4. Melukis garisan yang tepat di bibir menggunakan lip liner akan lebih mudah dengan menggunakan tisu jika hujungnya sudah tumpul.

5. Anda boleh membuat bibir yang nipis kelihatan lebih tebal dengan menggunakan lip gloss hanya di tengah bibir anda

6. Apabila menggunakan lipstik cerah atau lip gloss, perhatikan arah di mana anda mula mengenakannya pada bibir. Cara yang terbaik anda harus mulakan adalah dengan mula dari tengah bibir ke bahagian tepi. Ini akan membantu bibir anda bersinar dan kelihatan lebih lengkap
Dikuasakan oleh Blogger.