Header Ads

Apa itu Halloween dan mengapa orang barat menyambutnya, 31 oktober merupakan tarikh sambutannya setiap tahun



Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Jack O' Lantern, nama yang terlalu sinonim dengan perayaan Halloween, Tapi tahukah anda siapa Jack O’ lantern ? Sebenarnya, ia hanyalah nama sejenis labu. Sebiji labu kuning yang dipotong dibahagian atas, dikorek isinya dan diukir membentuk kepala makhluk yang menyeramkan.

Lilin atau lampu akan dimasukkan ke dalam labu itu.Bila dipasang, akan tampak seperti makhluk yang menyeringai.Ukiran labu ini diambil berdasarkan sebuah cerita dongeng rakyat Ireland. Terdapat beberapa versi namun kisah dibawah ini adalah yang paling popular.


Kononnya, seorang petani bernama Jack yang cerdik telah berjaya mengurung si Iblis. Hasil perjanjian, Jack melepaskan Iblis apabila setuju tidak akan menendang Jack ke dalam neraka.
Bila Jack mati, rohnya tidak diterima syurga kerana banyak melakukan dosa.

Namun, dia juga tidak boleh masuk ke neraka kerana Iblis yang berpegang pada janji mereka.
Akhirnya, roh Jack tergantung diawang-awangan. Lalu, dia membuat sebuah lentera (lampu) daripada buah labu.Sambil membawa labu itu, dia berkeliling ke serata tempat untuk mencari tempat istirehatnya.

Pada hari-hari biasa, anda memang sukar hendak menemui labu Jack ini. Namun, pada tarikh 31 Oktober setiap tahun, pasti mudah anda menemuinya terutama di kawasan bandar.

Tarikh tersebut labu Jack O' Lanterns akan berada di serata tempat, dijadikan simbol untuk menyambut perayaan Halloween.Ia merupakan keramaian tradisi.

Sejak  zaman berzaman yang dikaitkan dengan kematian, syaitan, hantu, sihir dan sebagainya. Pada tarikh itu, orang-orang akan keluar merayakannya dengan berpakaian aneh dan menyeramkan.
Sejarah  labu Jack dan Halloween adalah dua perkara berbeza.

Perayaan Ini Berasal Dari Bangsa Kuno Samahain Di Sebuah Wilayah Ireland.


Kononnya, perayaan itu bagi meraikan penghujung musim panas (masa terang) dan permulaan musim gugur (masa gelap).Bangsa kuno itu percaya, pada tarikh 31 Oktober, batas antara dunia nyata dan dunia roh adalah 'nipis'.

Bermakna, roh boleh datang ke dunia manusia untuk berkomunikasi.Pada waktu tersebut, penduduk akan mengadakan perayaan besar-besaran bagi menyambut 'kedatangan' nenek moyang mereka yang sudah lama mati.

Bagi menghindari roh jahat menggangu perayaan mereka, maka mereka akan berdandan seperti makhluk-makhluk yang menakutkan agar roh jahat tidak singgah ke rumah mereka kerana beranggapan, penduduk itu sama jahat sepertinya.

Perayaan itu telah dibawa oleh imigran Ireland ke Amerika sekitar abad ke 19. Sejak itu, ia semakin menular ke serata dunia .



Dikuasakan oleh Blogger.