Header Ads

Anda tidak tahu status perhubungan , ini 7 ciri-ciri friendzone yang boleh dirujuk buat pedoman




Pernah menyukai seseorang sehingga anda sanggup berbuat apa sahaja untuk mereka? Anda selalu menjadi tempat untuk mengadu. Anda mungkin melakukan perkara ini dengan harapan bahawa si dia akan menyukai anda, tetapi malangnya secara tidak langsung anda telah memasuki kawasan “Friend Zone”. Berikut adalah ciri-ciri anda terkena friendzone.1


1. Panggilan yang lebih tua           

Si dia memanggil anda dengan panggilan yang lebih tua seperti abang. Sesetengah orang selesa memanggil dengan panggilan yang lebih tua sebagai tanda hormat.

2. Bercakap tentang lelaki lain di hadapan anda.

Si dia membincangkan masalah lelaki lain bersama anda dan tidak berniat untuk membuatkan anda rasa cemburu.

3. Memberitahu perkara yang berada dalam minda si dia.

Jika dia memberitahu anda setiap perkara yang membosankan tentang hidupnya, termasuk pakaian yang dia ingin beli, makanan yang dia teringin cuba dan sebagainya maka dia tidak melihat anda sebagai pasangan yang romantis.

4. Berkenalan dengan orang lain

Si dia mula berkenalan dengan orang lain. Jika anda menjadi kawan yang rapat, selalu borak bersama dan keluar bersama dan si dia mula berkenalan dengan orang lain maka kemungkinan besar anda berada di dalam friendzone.

5. Tidak berpakaian kemas

Si dia tidak berpakaian kemas apabila bersama dengan anda. Si dia lebih selesa tidak bersolek dan memakai pakaian biasa.

6. Tidak mempercayai pujian anda

Si dia tidak mempercayai apabila anda memuji dia. Seorang gadis tidak akan mempercayai rakannya apabila di puji. Perempuan lebih menghargai pujian daripada orang yang mereka suka.

7. Tiada tarikan seksual

Apabila anda dekat dengan seseorang yang anda suka dan mereka menyukai anda, secara tidak langsung ada berlakunya tarikan seksual. Dalam sesetengah kes ia dianggap seperti daya tarikan magnet dan membuatkan jantung anda berdegup kencang. Jika anda tidak merasakan  perkara ini dengannya, dan si dia tidak merasai tanda-tanda itu maka anda berada di dalam friendzone.

Dikuasakan oleh Blogger.