Header Ads

Air beras ada kegunaanya tersendiri, ini adalah 5 perkara yang boleh dilakukan terhadap wajah kita


Pelbagai cara untuk mengekalkan kecantikan kulit dan rambut, tapi pasti ramai yang tidak mengetahui sebenarnya air beras juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk mencantikkan kulit. 

Berikut merupakan penjelasan mengapa admin mengatakan bahawa air beras itu boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah untuk mencantiikkan wajah.

Air beras mengandungi vitamin dan mineral yang bagus untuk kulit dan rambut. Abad yang lalu, air beras ini telah digunakan secara tradisional oleh wanita di negara negara Asia Tenggara seperti di Jepun dan China. 

Mereka menggunakan air beras untuk mandi dan mencuci wajah mereka.

credit: Onegoodthing Manfaat untuk kulit Air beras mengandungi vitamins, minerals dan amino asid yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik termasuklah asid ferulic yang kaya dengan antioksidan. 1. Pencuci muka Menggunakan air beras untuk membersihkan wajah anda adalah sangat mudah. Cara caranya adalah dengan mencelupkan sedikit kapas kedalam air beras tersebut dan urutkan perlahan lahan di wajah anda selama beberapa minit. Biarkan seketika supaya air beras tersebut dapat diserap ke dalam kulit. Dengan melakukan cara ini dengan kerap, anda akan dapati kulit anda berasa lembut dan berseri. Lakukan setiap hari sebagai rutin penjagaan kulit anda. 2. Toner muka Anda juga boleh menggunakan air beras sebagai toner. Cuci muka anda terlebih dahulu, rendam bebola kapas dan terapkan pada wajah untuk mengecilkan liang pori dan menganjalkan kulit. Toner kulit semula jadi ini dapat mengalakkan pertumbuhan sel, meransang aliran darah dan juga membantu menjaga kulit anda supaya jadi lebih licin dan cerah.
credit: Onegoodthing
3. Merawat jerawat Air beras juga dapat membantu menyembuhkan jerawat. Ia dapat mengetatkan liang pori. 4. Merawat ekzema Komponen kanji dalam air beras berkesan dalam mengurangkan kesan ekzema pada kulit anda. Celupkan kain lap yang bersih ke dalam air beras dan terapkan di bahagian kulit. Lakukan perkara ini selama beberapa minit dan pastikan anda mengeringkannya.
credit: Onegoodthing
5. Untuk iritasi kulit Sapukan air beras pada ruam atau radang kulit untuk mengurangkan sakit secara semula jadi. Kajian dermatologi pada pesakit yang mengalami dermatitis atopik mendakwa bahawa mandi selama 15 minit dengan air beras dua kali sehari dapat memperbaiki keadaan kulit. 6. Menggurangkan sunburn Air beras juga digunakan untuk menyejukkan keradangan kulit. Ia akan membantu kulit anda pulih dengan cepat dan mencegah dari kerosakan selanjutnya.
#RAMBUT Air beras juga boleh digunakan untuk penjagaan rambut, antara perkara yang dapat dibuat dengan rambut ialah : 1. Untuk pembilas rambut Bilas rambut anda dengan menggunakan air beras dapat menambahkan sinar ke rambut anda dan juga membantu ia untuk kelihatan kuat dan sihat. cara-caranya adalah Selepas mencuci rambut anda, tuangkan air beras ke kepala, urut kulit kepala anda dengan perlahan kemudian bilas rambut anda menggunakan air. Lakukan sekali atau dua kali seminggu.
2. Perapi rambut Air beras juga boleh digunakan sebagai perapi rambut. Tambah beberapa titisan minyak rosemary, lavendar atau minyak geranium kedalam air beras dan sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Semoga rambut anda kekal sihat!!
Dikuasakan oleh Blogger.