Header Ads

Ada yang tidak mengenali jiran sebelah rumah, ini 4 langkah untuk merapatkan hubungan kejiranan


Kini hubungan kejiranan masyarakat sama ada dibandar atau di kampung semakin renggang. Jika disingkap kembali masih ada sebilangan masyarakat yang tidak mengenali jiran di sebelah rumah.

Sikap individualistik seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing - masing ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Perpaduan yang kejap adalah bermula daripada hubungan kejiranan yang kukuh. Oleh itu pelbagai langkah perlu dilakukan untuk merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini.

Antara langkah - langkahnya:

1. Gotong - royong



Amalan gotong royong dalam kalangan masyarakat mampu merapatkan hubungan antara jiran.

Dalam gotong -royong dapat bertemu dan bertegur sapa dan bercerita tentang kerjaya, keluarga dan isu - isu terkini. Sambil menyelam minum air ini la dapat merapatkan hubungan kejiranan.

2. Menubuhkan rukun tetangga



Rukun tangga yang ditubuhkan ditaman - taman perumahan dan kampung - kampung juga dapat mengeratkan hubungan kejiranan.

Selain memastikan keselamatan rumah sendiri ia juga rumah - rumah jiran.

3. Amalan ziarah menziarahi


Ziarah menziarahi jiran juga dapat mengeratkan ikatan kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Apbila kita menziarahi jiran yang di timpa musibah, kita bukan sahaja dapat mengetahui perkara yang berlaku pada jiran kita, tetapi dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

4. Adakan aktiviti 



Hubungan kejiranan dpat dirapatkan jika aktiviti seperti sukan komuniti dianjurkan di kawasan kejiranan.

Sukan komuniti seperti pertandingan bola sepak , takraw , sukan rakyat dan sebagainya mampu merapatkan hubungan jiran di semua lapisan, lelaki, perempuan, orang tua dan muda serta kanak -kanak.

Hubungan kejiranan perlu dirapatkan oleh masyarakat. Hal ini penting bagi mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.
Dikuasakan oleh Blogger.