Header Ads

Ada tumbuhan yang nampak cantik tapi boleh membunuh ,ini antara 5 tumbuhan yang beracun tersebut


Selalu orang kata tumbuh-tumbuhan ni indah belaka, tapi pernah kita tahu tak yang ada tumbuhan mampu meracuni kita dan seterusnya membawa kita kepada maut? Nampak cantik je tumbuhan ni, tapi merbahaya untuk kita.

Ini antara 5 tumbuhan yang boleh membawa maut kepada kita:

5. WATER HEMLOCK


Water hemlock , atau ubi racun, adalah sekelompok tanaman yang sangat beracun yang berasal dari daerah beriklim sederhana di sebelah hemisfera utara.Tanaman yang memiliki bunga putih sangat khas atau hijau kecil, dalam bentuk payung.

Hemlock dianggap tanaman di Amerika Utara yang paling beracun kerana sangat maut untuk manusia. Tanaman mengandungi racun bernama cicutoxin boleh menyebabkan kekejangan. Racun ini ditemui di semua bahagian tanaman tetapi sebahagian besarnya berada di akar.

Selain kejang spontan, gejala lain termasuk mual, muntah, sakit perut, tremor dan kebingungan akan turut berlaku. Kematian biasanya disebabkan oleh kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikel dan dapat terjadi hanya beberapa jam setelah terkene racun tersebut.

4. WOLFSBANE (KUTUKAN SERIGALA)


Wolfsbane membunuh dalam tempoh masa enam jam dan gejala-gejala seperti muntah dan cirit-birit, diikuti dengan bahang seperti terbakar dan kebas pada mulut dan muka, dan pembakaran di perut.

Selain itu, kita akan merasa lemah badan, kerana racun nya boleh melumpuhkan organ-organ dalaman seperti jantung dan paru-paru.

3. ROSARY PEA


Rosary Pea , juga dikenal sebagai mata Kepiting atau Jumbie manik, adalah pendaki abadi ramping yang tumbuh di sekitar pohon-pohon, semak dan pagar tanaman.Tanaman ini dikatakan berasal di Indonesia, tetapi tumbuh di sebahagian besar dunia.

Dikenali karena bijinya, yang digunakan sebagai manik-manik, dan warnanya yang merah terang.. Racun yang terkandung dalam tanaman (abrin) sangat mirip dengan racun risinus.
Ada satu perbezaan utama antara racun-racun ini, abrin dianggarkan 75 kali lebih kuat dari ricinus.

Ini menyebabkan bahwa dos mematikan sesuatu jauh lebih sedikit, dan dalam beberapa kasus sesedikit 3 mikrogram bisa membunuh manusia dewasa.

2. BELLADONNA


Belladonna, juga dikenal sebagai Setan berry, ceri kematian atau nightshade yang mematikan, Terdapat di Eropah, Afrika Utara dan Asia Barat.

Ini juga merupakan salah satu tanaman dunia yang paling beracun kerana mengandungi alkaloid tropane, beberapa di antaranya menyebabkan mengigau dan halusinasi.

Selain itu kesan dari racun Belladonna termasuk kehilangan suara, mulut kering, sakit kepala, kesulitan bernafas dan kejang-kejang. Seluruh tanaman beracun, namun buah boleh menjadi risiko terbesar, kerana rasanya manis dan cenderung menarik perhatian kanak-kanak. 10 - 20 buah boleh membunuh orang dewasa, tapi hanya perlu 1 daun untuk membunuh seorang dewasa.


1. CASTOR BEAN PLANT


Tanaman jarak yang berasal dari cekungan Mediteranian, Afrika dan India, namun secara meluas ditanam sebagai tanaman hiasan. Sebuah toksin yang disebut 'Ricinus' ditjumpai tetapi berada di dalam bentuk biji / kacang (bahan untuk minyak jarak ).

Satu biji mentah cukup untuk membunuh manusia dalam 2 hari, selain itu  ia mampu menghadirkan kesakitan yang panjang. Gejala pertama akan dialami dalam beberapa jam dan akan terasa kesakitan di mulut, selain itu sakit perut, diare berdarah dan muntah.

Proses ini tak dapat dibendung dan penyebab akhir kematian adalah kerana dehidrasi. Yang peliknya  manusia yang paling sensitif terhadap benih-benih ini, karena dianggarkan 1-4 biji sahaja boleh digunakan untuk membunuh 1 orang dewasa, 11 untuk membunuh anjing dan 80 benih untuk membunuh itik

Dikuasakan oleh Blogger.