Header Ads

Tweet Pujian Iklan Dikongsi Lebih 18 Ribu, Lelaki Ini Selamba Minta Telekung Percuma


Sebut sahaja tentang telekung Siti Khadijah, siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama yang semakin gah di Malaysia ini. Banyak papan iklan di lebuhraya mahupun jalan raya kecil naik dengan jenama telekung Siti Khadijah ini.


Buat mereka yang tidak kenal siapa disebalik pengasas syarikat ini, beliau adalah Padzilah Enda Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Padzilah wanita kelahiran Sungkai, Perak.

Beliau pernah berkata pada Sinar Online, dia tidak pernah bermimpi menjadi seorang usahawan jahitan namun kuasa Allah, dia mmapu memperoleh pendapatan lumayan daripada kerjaya tersebut.

Katanya lagi bagaimana dia mendapat idea untuk membuka perniagaan ini, "perniagaan ini bermula apabila mahu menunaikan umrah dan haji serta solat sunat terawih, saya terpaksa mengubah telekung yang dibeli. Ia tidak selesa, talinya mudah tertarik, ketat dan bertanda di dahi menimbulkan masalah kepada saya,".

Tambahnya, dorongan rakan-rakan memberikan nafas baharu kepadanya untuk terlibat dalam seni jahitan.



Baru-baru ini, seorang pengguna twitter, @ijaicool telah memuatnaik tweetnya yang memuji akan papan iklan baru Siti Khadijah sehingga mendapat lebih daripada 18 ribu retweet.



Dua hari selepas itu, pemilik syarikat Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman memuatnaik gambar screenshot daripada twitter tentang tweet lelaki tersebut, seakan beliau terhibur dengan pujian itu.


Dengan selamba, lelaki itu kemudiannya menghantar komen melalui laman facebook cuba berunding untuk mendapatkan 2 pasang telekung percuma hasil kejayaan beliau memberikan pengaruh yang ramai untuk jenama Siti Khadijah.


Tanpa teragak-agak, beliau terus mengarahkan seseorang untuk menguruskan pemberian hadiah percuma buat lelaki tersebut.

Inilah hasilnya, tahniah bro @ijaicool, tahniah juga pada Padzilah Enda Sulaiman kerana begitu peramah melayan kerenah netizen.




Dikuasakan oleh Blogger.