Header Ads

Tipu la kalau tak pernah dengar nama-nama kumpulan ni kan,cuba tengok dulu senarai ni

Tidak salah kalau admin katakan korean pop atau lebih dikenali sebagai k-pop berjaya menghantui peminat-peminat mereka di malaysia. Bahkan ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk melihat konsert kumpulan k-pop tersebut secara live.

Malah ada yang sanggup belajar bahasa korea hanya kerana meminati beberapa kumpulan kpop. Walaupun kumpulan haters sentiasa mencari kesalahan atau kekurangan artis-artis kpop ni mereka tetap teguh berdiri di dunia seni malaysia.

Berikut adalah senarai kumpulan k-pop yang pada admin sangat terkenal:

1. Super Junior


Jumlah follower di facebook mereka hampir mencecah 7.9 juta orang. kumpulan yang sekarang ini dianggotai seramai 11 orang telah membuat debut pada 6 November 2005. Antara kumpulan kpop yang terawal berjaya menembusi pasaran di Malaysia dan lebih dikenali oleh peminat di Malaysia. Antara lagu popular mereka Sorry-sorry, Bonamana dan Mamacita

2. Big Bang


Jumlah pengikut mereka di facebook hampir mencecah angka 11 juta orang. Dianggotai oleh G-dragon, T.o.p, Taeyang,Daesung dan seungri. kumpulan ini telah melakukan debut mereka pada 19 Ogos 2006 di bawah pengurusan syarikat YG Entertainment. Antara lagu popular mereka 'Fantastic Baby', 'Bang Bang Bang'dan 'monster'

3. SHInee


kumpulan ini dianggotai seramai 5 orang iaitu Onew,jonghyun,key,minho dan taemin. Tetapi populariti mereka mungkin tidak sehebat dua kumpulan diatas, Jumlah pengikut mereka di facebook cuma 6 juta orang. Mereka melakukan debut mereka pada 25 May 2008 di bawah syarikat S.M. Entertainment. Antara lagu popular mereka 'ring ding dong','Lucifer'dan 'Hello'.

4. Exo


Pada waktu ini kumpulan Exo dianggotai seramai 9 orang, kumpulan ini ditubuhkan pada 8 April 2012, di bawah pengurusan S.M. Entertainment. Populariti Exo juga lebih besar dari Shinee,jumlah pengikutnya di facebook lebih dari 7 juta. Antara lagu popular mereka 'Growl', 'overdose'dan 'Call me baby'.

5. Girls Generation


Sesatunya kumpulan wanita kpop yang admin rasa berjaya menggegar dunia muzik antarabangsa. Ketika ini dianggotai 8 orang ahli, merekatelah ditubuhkan pada tahun 2007. Jumlah pengikutnya sekitar 7 juta orang sahaja. Hal ini mungkin disebabkan majoriti pengikut-pengikut kpop ini adalah orang perempuan. Antara lagu popular mereka 'the boys', 'Gee' dan 'oh!'.
Dikuasakan oleh Blogger.