Header Ads

Tindak balas psikologi yang bijak boleh kita lakukan, yang ke empat tu senang sangat


Bagaimana hendak mengetahui sama ada orang itu sedang memerhatikan anda atau tidak?

 Pernahkah anda merasakan anda sedang diperhatikan oleh seseorang teapi anda tidak pasti dia sedang memerhatikan anda atau tidak. Begini caranya anda cuba menguap panjang dan seolah-olah anda seronok melakukannya, secara tiba-tiba anda pandang orang tersebut dan perhatikan gelagat perubahan orang tersebut. sekiranya tidak berubah maknanya dia tidak memerhatikan anda

Bagaimana untuk melalui kawasan berjalan kaki yang sesak?

Sekiranya hendak melalui kawasan yang sesak, cuba anda berdiri tegak dan tumpukan arah mana yang nak dituju dengan mata anda. teruskan berjalan dan anda sendiri akan terkejut dengan betapa mudahnya anda melepasi kesesakan tersebut. Ini untuk berjalan kaki sahaj dan bukannya kesesakan jalanraya ye!

Seseorang yang berahsia dengan anda

Apabila dia cuba sembunyikan sesuatu jangan terus-menerus tanya tentang perkara tersebut. Tetapi anda terus lihat ke matanya, kerana hubungan mata yang berpanjangan akan membuatkan mereka merasa tidak selesa dan rasa bersalah untuk berbohong kepada anda, dan mereka akan memberitahu hal yang sebenar

Bagaimana hendak meminta bantuan seseorang?

Mudah sahaja, kita bertanya lah. tak tanya mana nak tahu kan? Kebiasaannya orang yang menolak permintaan kita untuk pertama kali akan merasa bersalah jika menolak untuk kali yang kedua.
Dikuasakan oleh Blogger.