Header Ads

Tidak tahu bagaimana nak memikat hati si dia? cuba tips ni


1. Senyuman

Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan mana-mana lelaki jatuh hati dengannya! Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Jadi, mulalah senyum.

2. Kebijaksanaan

Bukan bermakna perempuan tersebut perlu menjadi pelajar terbaik di tempat belajar, tetapi tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya. Peka dengan isu semasa dan bijak menyelesaikan masalah serta matang dari segi perlakuannya

3. Menghormati orang tua

Sesuatu yang sukar dilihat pada zaman sekarang, ini kerana perempuan zaman sekarang hanya mahu menghormati orang yang dikenali sahaja. jadi belajarlah menghormati semua orang tidak mengira pangkat ataupun darjat.

4. Berbaju kurung

Admin sering tertanya-tanya mengapa perempuan sekarang ramai yang memakai baju kurung ketika hari raya dan hari-hari nasional. Bukankah memakai baju kurung itu akan membuat anda lebih anggun dan menawan?

Mari sama-sama kita mengekalkan identiti ketimuran kita dengan mengenakan pakaian-pakaian tradisional kita.

5. Mata yang menawan

Wanita sememangnya dikurniakan mata yang menawan, cuma kadang-kadang orang lelaki ni kurang perasan. Mungkin korang yang perempuan tu boleh cuba tonjolkannya dengan memakai maskara atau penggaris mata untuk menonjolkan mata korang yang cantik tu.

share lah tips ini kepada semua wanita diluar sana agar mereka boleh cuba untuk guna pakai tips ini untuk memikat hati orang yang disukai atau dicintai. Tidak semestinya semua tips yang dikongsi berjaya 100% tetapi dari 5 tips ni 3 mesti betul. sebab apa admin cakap macam tu? sebab admin pun lelaki.
Dikuasakan oleh Blogger.