Header Ads

Terowong SMART Malaysia disenaraikan sebagai salah satu dari 10 terowong terbaik di Dunia


Pernah tak korang gunakan terowong SMART? bagus lah kalau pernah. Kalau belum pernah cuba lah masuk sekali lalu ikut terowong tu.

Nak tahu kenapa tak? Sebabnya terowong SMART di Malaysia telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 terowong terbaik di Dunia. Hebatkan ?

Kegunaan terowong SMART tu bukan saja korang boleh elak dari kesesakan lalu lintas di pusat bandar malah ia juga dapat mengelakkan kawasan bandar dari banjir malah menghalang dari berbilion ringgit kerosakan akibat banjir.

Dibina pada 2007, projek SMART berfungsi sebagai saliran ribut dan struktur jalan. Panjang terowong untuk air hujan panjangnya adalah 9.7km manakala panjang terowong lebuh raya adalah 4km.

Kalau dulu bila banjir kilat je habis semua jalan dipenuhi air, tapi sekarang ni dah semakin baik selepas dari pembukaan terowong tersebut.

Sejak dari itu, kawasan-kawasan yang selalu banjir macam Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Lebuh Ampang dan Jalan Melaka telah terhindar dari banjir besar.

Jadi admin dah senaraikan 10 terowong yang terbaik di Dunia antaranya :

1. Gotthard Base Tunnel (Switzerland)

2. Channel Tunnel (England and France)

3. Laerdal Tunnel (Aurland, Norway)

4. Tokyo Bay Aqua-Line (Tokyo)

5. Eisenhower Tunnel (Colorado)

6. Spiralen Tunnel (Drammen, Norway)

7. Guoliang Tunnel (Henan Province, China)

8. SMART (Kuala Lumpur, Malaysia)

9. Bund Sightseeing Tunnel (Shanghai)

10 Seikan Tunnel (Japan)

Pada April 2015 terowong smart diiktiraf oleh Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai salah satu projek yang paling inovatif di dunia untuk isu bandar dan pada tahun 2011, ia menerima Anugerah Hormat Tuntutan Habitat PBB untuk pengurusan yang inovatif dan unik air tawar dan lalu lintas puncak jam.

Jadi boleh lah mana yang tak merasa lagi lalu ikut terowong SMART, bolehlah cuba.
Dikuasakan oleh Blogger.