Header Ads

Tak perlu ke Gym pun lengan boleh berketul, Ini 4 senaman yang efektif di rumah


Tak mustahil untuk korang hasilkan lengan macam tu, tapi bukan hanya bercakap kosong dan esok dah tak buat. Mestilah kena ada usaha dan mengambil masa. Asalkan korang tahu caranya, ia bukanlah hal yang mustahil untuk membentuk lengan proporsional dan kekar.

Empat latihat ini boleh dilakukan secara rutin kerana dapat membantu korang untuk membentuk otot lengan supaya nampak kekar proporsional macam Chris Hemswoth, pelakon yang memegang watak sebagai Thor.

Berikut adalah empat cara bagaimana untuk korang mampu membentuk dan membesarkan otot lengan korang supaya nampak tegap dan kekal seksi.

1- Latihan ringan arm circle



Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal korang boleh juga buat latihan arm circle sebgai latihan asas. Caranya dengan berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Kemudian pusingkan lengan membentu huruf O dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set

2- Push up secara rutin



Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan supaya nampak seksi. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menenmpel di lantai. Kemudian naikkan dan turunkan badan korang dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertagap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30 hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.

3- Lakukan gerakan concentration curl



Latihan penting lain yang boleh korang buat adalah concentration curl. Mesti korang tertanya kan?

Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya korang duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan  diletakkan didepan peha. Kemudian angkat dumbell yang ada di depan korang. Untuk lebih jelas, korang boleh melihat gerakkannya di Youtube.

4- Lakukan pull up dengan betul.



Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah dengan pull up. Caranya adalah korang bergantung pada palang mendatar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Kemudian angkat badan ke atas hingga dada lurus dengan plaang yang korang pegang. Latihan macam ni agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah terbiasa teruskan hingga 10 kali
Dikuasakan oleh Blogger.