Header Ads

Tak hairanlah kenapa anda selalu fikir banyak kali kalau nak tukar kerja, ini 5 sebabnya


Nampak macam senang je nak tukar kerja, dapat tawaran chow lah terus kan? Ada yang dah berkali-kali hantar surat resign.
Bukan gedik ya, ada sebabnya..

Dah bertahun-tahun kerja tapi tak happy dengan kerjaya sekarang ni, dah cuba macam-macam untuk pulihkan keadaan tapi masih sama. Tertekan dengan persekitaran pejabat yang terlampau sempit bagi korang, coworkers yang tak henti-henti bagi kerja sampaikan kerja sendiri tak menyempat nak buat. Belum cerita lagi bos.. Burn out teruk setiap hari balik dari kerja. Lama-kelamaan dah jadi macam robot.

1. Terlalu takut dengan risiko

Takut nak cari kerja lain sebab tak nak ambil risiko di tempat kerja baru? Nanti kena mula kenal orang baru, suaikan diri dengan persekitaran baru & banyak lagi. Cuba flashback kembali  waktu anda mula-mula nak kerja. Semua tu adalah risiko, pergi lah sejauh mana pun tetap akan ada risiko yang perlu anda hadapi.

2. Malas nak belajar perkara baru

Tak dinafikan, belajar benda baru memang penat & kadangkala boleh buat korang cepat putus asa untuk teruskan pembelajaran ilmu baru tu. Anda takkan pernah rugi belajar perkara yang baru, sebab ianya dapat membantu dalam perkembangan kerjaya nanti.

3. Terikat dengan gaji

Senjata yang paling kukuh untuk pujuk hati supaya tahan dengan kerjaya yang sememangnya buat anda tak happy : Gaji tinggi, manfaat tambahan yang berbaloi & masa depan cerah sewaktu pencen nanti. Faktor ni membuatkan anda sanggup untuk menyeksa diri dengan persekitaran kerja yang sangat tak sihat.

4. Tak sampai hati nak hampakan Mak Ayah

Terkongkong dengan kerjaya sendiri sebab nak banggakan mak ayah, kalau tak ikut nanti tak berkat. Kebanyakan orang yang bekerjaya hebat ni, ramai yang mengikut kehendak mak ayah. Kalau diri sendiri tak happy dengan kerjaya pilihan mak ayah, tak salah untuk suarakan pendapat bagi pihak diri sendiri.

5. Dah terbiasa dengan gaya hidup mewah

Baru je mula bekerja, dapat gaji tinggi, dah mula ikat diri dengan komitmen melambung mewah. Kereta baru, rumah sewa & sebagainya. Bila dah kerja lama sikit, barulah sedar ianya tak sesuai dengan jiwa. Waktu tu nak lari tukar kerja lain pun dah tak boleh sebabkan komitmen yang dah terikat.



Dikuasakan oleh Blogger.