Header Ads

Sukar untuk menghafal sesuatu, Mungkin anda tersilap kaedah, Apa kata cuba Cara ini



Tips mudah untuk menghafal nota.


1. Pemilihan tempat untuk menghafal

pemilihan tempat yang tepat akan membantu kita dan memudahkan kita untuk menghafal. Pilihlah tempat yang kondusif untuk belajar, seperti perpustakaan yang suasananya sangat tenang dan tidak banyak gangguan.

2. Menulis

Tulis apa yang anda hafalkan supaya lebih mudah untuk mengingati nota tersebut dan secara tidak langsung anda akan lebih memahami apa yang anda hafalkan.

3. Ulang bacaan tersebut

Bacalah berulang kali untuk membantu anda ingatkan sesuatu. Setelah sudah hafal sebaris ayat itu barulah maju ke ayat seterusnya.

4. Merakam semula

Ketika membaca sesebuah nota anda cuba rakamkan dan setelah selesai anda ulang semula rakaman itu. Kalau lagu kita dengar banyak kali pun boleh hafal, ini kan pula nota.

5. Menghafal secara berperingkat

Jika anda terus-menerus hafalkan sesuatu pasti anda akan merasa cepat penat. Jadi rancanglah masa anda sebaiknya.
Dikuasakan oleh Blogger.