Header Ads

Setiap ciptaan tuhan itu ada gunanya? Ada 6 kelebihan kulit pisang jika anda tahu.


Ramai orang sudah tahu sebenarnya alam semulajadi kita ini mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia. Tuhan tidak akan menciptakan sesuatu itu jika ianya tidak berguna kepada makhluk lain.

Dari sekecil-kecil semut itu sehinggalah kepada makhluk yang besar, semuanya ada kegunaannya kepada makhluk lain dan ia akan menjaga keseimbangan dunia ini.

Sama seperti kulit pisang yang kita selalu buang selepas makan. Ramai orang tidak perasan sebenarnya kulit pisang itu dapat memberi 6 khasiat yang baik untuk manusia.

Kelebihan kulit pisang ini ramai yang sudah tahu, tetapi kami ingin kongsikan kepada anda juga apa sebenarnya anda boleh buat dengan kulit pisang yang banyak khasiatnya ini.

1. Pemutih gigi.


Anda gunakan bahagian dalam kulit pisang itu, dan gosokkan kepada gigi anda. Anda lakukan selama 2 minggu berturut-turut, dan lihatlah kesannya.

2. Membuang ketuat kulit.

Dengan mengguunakan cara yang sama, anda gosokkan bahagian dalam kulit pisang itu kepada ketuat anda. Kelebihannnya, ia akan membantu untuk menghilangkkan ketuat itu, dan menghalang daripada ketuat tumbuh semula.

3. Merawat jerawat dan kedut.

Pisang sangat baik untuk merawat kulit muka. Baik dari isinya sehingga ke kulitnya.

Jadi anda hanya perlu sapukan bahagian dalam kulit pisang itu pada muka anda, terutama sekali bahagian yang selalu bermasalah dan biarkan ia kering untuk 30 minit.

4. Merawat Psioriasis (kulit bersisik)

5. Sebagai ubat analgesik

Anda hanya perlu sapukan kulit pisang ini pada bahagian yang sakit. Ia akan membantu anda untuk mengurang kan sakit pada bahagian tersebut.

6. Mengurangkan berat badan.

Setiap hari anda hanya perlu makan 2 isi pisang. Tetapi jangan lupa untuk makan sekali lapisan nipis pada bahagian dalam kulit pisang itu juga.

Anda tidak perlu makan malam, tetapi jangan lupa untuk makan pagi (breakfast). Jika anda amalkan ini, anda akan mula rasa berat badan anda semakin berkurangan.

Diet ini perlu di jalankan selama sebulan, dan anda boleh kurang kan berat badan sebanyak 2 kilo atau lebih.

Dikuasakan oleh Blogger.