Header Ads

Sempena perlumbaan Moto GP, Yamaha Motor telah keluarkan model istimewa Y125ZR dengan harga berpatutan


Bersempena dengan perlumbaan Moto GP yang akan berlangsung di Litar Sepang hujung bulan ini, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah mengeluarkan sebuah model edisi istimewa iaitu Y15ZR SE GP Edition. Model ini dikeluarkan dengan harga cadangan termasuk GST RM8,891.28 dan akan berada di pasaran bermula minggu hadapan.

Seperti yang korang boleh nampak, model edisi istimewa ini menggunakan grafik dan warna yang berbeza berbanding model biasa, dengan terdapat tanda-tanda penaja seperti motosikal lumba Moto GP termasuk Movistar dan Eneos.

Pada tahun lepas, HLYM juga ada mengeluarkan Y15ZR edisi istimewa GP Edition, tetapi model baru ini nampak lebih menarik kerana lebih banyak menggunakan bahagian yang berwarna hitam, selain warna utama birunya.

Bahagian-bahagian lain masih tidak berubah, termasuk enjin, di mana Y15ZR SE GP Edition ini masih dikuasakan oleh enjin 150 cc empat lejang, satu silinder dengan empat injap serta sistem suntikan bahan api.

Ia menghasilkan kuasa sebanyak 15.1 hp pada 8,500 rpm dan tork sebanyak 13.8 Nm pada 7,000 rpm. Kotak gear yang menyalurkan kuasa pula hadir dengan lima-kelajuan. Model Y15ZR biasa dijual pada harga cadangan RM8,361 termasuk GST.







Dikuasakan oleh Blogger.