Header Ads

Selain membersihkan gigi, ada 8 kegunaan lain yang anda tidak tahu pasal ubat gigi


Apa yang kita tahu tentang ubat gigi ni, sekadar untuk menjaga gigi dan membersihkan. Bab ubat gigi ni mesti wajib ada dirumah. Kalau takda ubat gigi tu, mulut sendiri rasa tak selesa. Nak bercakap pon malu-malu sebab takut orang bau mulut kita.

Tapi selain itu ada fungsi lain tentang ubat gigi ni yang kita boleh gunakan, antara contohnya korang boleh baca artikel dibawah ini.

1. Barang-barang perak yang pudar boleh digilap bagi bersinar semula jika korang gosoknya dengan sedikit ubat gigi

2. Macam ni, mungkin korang dah biasa lihat, kan? Dengan menggunakan ubat gigi, lampu kereta boleh nampak jelas semula.

3. Kekunci piano yang kotor sebab selalu kena cap jari manusia pon boleh digilap semula. Caranya ambil sedikit ubat gigi pada kain basah dan gosok semula kekunci piano itu.

4. Kasut dengan tapak putih macam kasut Converse, dengan mudah boleh dibersihkan dengan ubat gigi

5. Goggle kalau dah kerap kali dipakai, nanti lama-lama bila korang mandi plastik bahagian dalam itu akan senang berkabus, tapi boleh hilangkan dengan cara letakkan sikit ubat gigi dan gilap sambil biarkan dalam 5 minit sebelum berenang. Pasti dah tak berkabus dah, admin dah pernah cuba dan memang menjadi. Try lah..

6. Korang boleh guna untuk bersihkan streka juga.

7. Skrin depan dan belakang handphone korang boleh senang calar kalau tak pakai screen protector. Letakkan sikit ubat gigi pada kain, kemudian sapu dengan hati-hati pada bahagian yang tercalar. Dah selesai sapu, keluarkan ubat gigi yang tinggal dan lap sehingga kering.


8. Ubat gigi juga boleh bersihkan kuku korang. Letakkan sedikit dan biarkan selama beberapa minit, dan basuh dengan air

Dikuasakan oleh Blogger.