Header Ads

Sanggup pinjam duit dari ahlong untuk beli Iphone, akibatnya pelajar tersebut berhutang RM145,286


Disebabkan kemahuan yang tinggi nak guna handphone berjenama, menyebabkan seorang pelajar umur 19 tahun, belajar Universiti di Xian, wilayah Shannxi sanggup meminjam 12,000 yuan bersamaan (RM 7,580) daripada syarikat pinjaman wang dan yang mengerikan bila hutangnya meningkat sebanyak 230,000 yuan (RM145,286).

Pada tahun lepas, pelajar itu hanya meminjam 12,000 yuan dari along pada tahun lepas untuk membeli iPhone 6s Plus. Tapi dia hanya menerima 8,000 yuan (RM5,053) sahaja kerana selebihnya ditolak sebagai bayaran proses.

Akibat tidak mampu untuk membayar semula, dia meminjam lagi dari along kedua dan ketiga menyebabkan jumlah hutannya meningkat disebabkan kadar faedah yang sangat tinggi.

Namun hidupnya tertekan kerana diburu along yang sering menelefonnya menuntut bayaran, malah mengirim gambar bogel yang disunting seperti dirinya kepada ibu bapanya. Tekanan itu menyebabkan dia bercadang membunuh diri.

Bapanya, petani di Xianyang, berkata dia menemui anaknya tidak sedarkan diri memegang botol pil.

Walaupun  hanya mampu memperoleh 20,000 yuan (RM12,633) setahun, bapanya membayar 170,000 yuan (RM107,385) kepada along menggunakan wang simpanannya, masih berhutang 60,000. Selepas kisah itu disiarkan media, ada peguam yang menawarkan bantuan menyelesaikan masalah mereka.

Menurut undang-undang China, pinjaman yang kadar faedahnya lebih 24 peratus setahun adalah salah dan jika kes itu dibawa ke mahkamah, keluarga berkenaan berkemungkinan mendapat kembali sebahagian wang mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.